Friday, January 22, 2010

Longing for them :'(

Tadi...
Tangan ni gatal nak tengok balik gambar2 masa jalan2 kat Labuan dengan mereka.
Wajah2 ceria dan teruja.
Hati berbunga.
Seronok sangat masa tu walaupun ada sikit kekacauan jiwa berlaku terhadap diri sendiri.
Meroyan dan menyawan bersama mereka, borong coklat, cari perfume, jadi pengiring pengantin...
Hati ni tersenyum sendiri.
Tersenyum pahit kot.
Mungkin itulah agaknya kenangan terindah yang terakhir dengan mereka.
Segala-galanya dah berubah.
Kini terasa janggal untuk bersama mereka.
Dia, dia dan dia...selalu bising..
"Perasaan sendiri je tu. Takde pape pun la. Buat macam biasa je,"
Maaflah...kejanggalan tu masih terasa.
Yer...masih terasa.
Andai dapat diundur waktu...mungkinkah sekarang ni keceriaan bersama mereka masih ada?
Tapi...andai dapat diperbetulkan apa yang telah terjadi dulu,
tercapaikah bahagia yang kini di depan mata?
Aduhaiii....macam selfish pulak bunyinya.
Tapi sungguh,
Melihat gambar2 tu....
Hati ini terlalu rindukan mereka.
Teman,
Maaf...andainya kelihatan terlalu mementingkan diri.
Maaf kerana semakin menjauhkan diri.
Tetapi...fahamilah,
Hati ini tidak lagi bersama kamu, kamu dan kamu..
Bukan kerana membenci,
Tapi hilangnya rasa yakin dan percaya,
Dan lantaran terasa diri terlalu hina di mata kamu.
Sebuah luahan rasa.
Alangkah sukarnya mencipta bahagia.
Moga tetaplah hati ini untuk dia,
walau mereka tak suka,
walau apa pun yang mereka kata.
Yang terlalu merindui,
Yana.
@}~~

Related Posts:

  • Sekuntum bunga itu...Sekuntum bunga ituMekarnya terjaga, akarnya satuTeguh ia di situMenyerlah seri ke mata bayuDan tika badai melandaMahupun terik yang mendugaMendung yang mengirimkan dukaJua cerah yang menghadirkan ceriaSekuntum bunga ituBiarka… Read More
  • Monday BluesSetelah sekian lama, hari ni terkena monday blues semula. Kenapa tah. Tapi mula-mula Cik Yana nak mohon maaf kat followers semua, sebab pertamanya saya tak berapa rajin mengapdet blog. Keduanya, entri saya hari ni agak emos… Read More
  • Longing for them :'(Tadi... Tangan ni gatal nak tengok balik gambar2 masa jalan2 kat Labuan dengan mereka.Wajah2 ceria dan teruja. Hati berbunga. Seronok sangat masa tu walaupun ada sikit kekacauan jiwa berlaku terhadap diri sendiri.Meroyan dan … Read More
  • Bila Tuhan menunjukkan kasihNyaDua minggu kebelakangan ini...pelbagai perkara telah terjadi dalam hidup saya. Manis, pahit, masam, tawar,...semuanya menjadi satu pengalaman yang sangat berharga.Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Diturunkan ujian kese… Read More
  • ~ Weekend ~Nothing much to say. Cuma agak bergumbira di hari Ahad lepas sebab gi PD dgn geng2 sawan VF. Walaupun ada sedikit terkilan. Tapi yes!! yes!! Saya berjaya menolak tepi rasa kekok untuk bercakap dan bergurau dengan budak… Read More

0 orang kaya kat sini:

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign