Friday, September 10, 2010

Permainan zaman budak masa kat kampung dulu

Kecik-kecik dulu, setiap kali raya mesti tak sabar nak balik kampung abah. Tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu je sebenarnya. Oh...dan duit raya jugak. Hehe....

Masa kecik-kecik dulu, cousin2 yang umur lebih kurang ramai la jugak. Boleh set up satu team rounders, main baling selipar, musang kejar ayam, main masak-masak [real punya guna api dan tin terbuang, siap petik paku pakis dgn kutip biji sawit. Belum campur rembat telur ayam kampung kat dapur].

Ni bila raya ni...teringat balik. Antaranya :

Konda-kondi. Tak pernah berjaya tangkap pun okeh
Main baling selipar. Semput seh main ni berlari punya pasal. Kalau dapat robohkan selipar ni rasa sangat best. Tapi kalau kena lempar kat badan....aduiyaiiii, sakit ooo....
Haa....ni lagi satu. Berebut-rebut nak main. Masa tu hujung kaki cukup2 je cecah tanah. Nyaris terbalik dalam parit. Huhu...


Kapal terbang kertas. Buat menyepahkan laman je.

Ceper. Dulu terer main ni. Hehe

Main masak-masak....rebus paku pakis, rebus telur ayam, panggang buah kelapa sawit. Lepas tu kena marah sebab main api. Masa tu cousin lelaki pun join sekaki. [Gambar hiasan]

Memandangkan keliling pun kelapa sawit, pokok ni pun jadi mangsa. Dulu badan ringan kan. Seronok je kitorg bergayut kat daun sawit ni.

Haa....itu je la yang sempat teringat dan terupload. Gambar mercun-mercun, bunga api semua tu kalau rajin buat entri lain lah. Hehe....sepupu-sepupuku, korang ingat lagi ke tak semua ni?

Sumber gambar-gambar :
http://www.mysembang.net/v10/index.php/topic,3531.165.html
http://resam-melayu.com/2009/12/permainan-tradisional-melayu-konda-kondi.html
http://malawati.blogspot.com
http://nurhifzan.blogspot.com

8 orang kaya kat sini:

Fina Fento said...

wuuu...tengok basikal tua tu buat saya rindu kenangan dengan allahyarham tokwan :(


Selamat Hari Raya :)

Cik Yana said...

tu la kan. basikal tua ni mmg byk simpan kenangan

selamat hari raya :D

hazman aka species1980 said...

main galah panjang pun best gak.... hihihi

kisahsensasi said...

batu seremban dan main getah pun ..... layan time kecik2 dulu

kiki^yana said...

main panjat pokok pon best jugak :))

paan said...

singgah sini sebentar...selamat hari raya...salam aidilfitri dan salam blogger.

xalimx said...

main gasing~!

shamsul said...

ada juga orang yang terkenagkan zaman kanak-kanak...memang meriah zaman tu, penuh dengan rasa persaudaraan satu kampung. apa pun masa dah berlalu...dan zaman dah berubah. kampung...tidak lagi seperti dulu...segalanya tinggal kenangan.

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign