Tuesday, July 8, 2014

Bagaimana saya akhirnya menyertai Shaklee (bhgn 1)

Hari ni hampir sebulan saya join Shaklee.
Satu keputusan nekad selepas setahun dok fikir.

Lama kan saya bazirkan masa?

Kalau saya tak fikir banyak sangat, mungkin sekarang saya dah berada di rank yang jauh lebih tinggi.
Tapi tak apa, saya yakin rezeki Allah untuk saya tetap ada.

Jadi, menjawab soalan tu la kan....macam mana akhirnya saya nekad join Shaklee.

Kisahnya bermula pada sekitar bulan 3. Tapi sebelum tu saya memohon keampunan Allah sekiranya perkongsian saya ni mengundang salah faham pembaca. Wallahi saya tak ada niat nak riak dan membangga diri, atau mengungkit kebaikan yang saya buat. Demi Allah....saya berkongsi cerita untuk kita sama-sama merasakan betapa manisnya janji Allah kepada hamba-hambanya yang yakin.

Sekitar bulan 3 tahun ni saya diberikan rezeki lebih hasil penat saya bertapa kat ofis lama-lama (OT la tu. Hehe...) Siapa yang seronok hari-hari balik lambat, keluar pagi matahari dah tido baru kita gerak balik rumah. Bilik tak kemas, bersepah macam tongkang pecah. Kain baju basuh seminggu sekali, tu pun terkejar-kejar nak jemur. Allah.....penat weh keje 7 hari seminggu ni. Public holiday, sabtu, ahad pun kena kerja.

Tapi sedaya mungkin saya cuba ikhlaskan hati, sebab sentiasa teringat kata-kata kawan sepejabat lama dulu : "Kita ni yana, majikan kita sebenarnya tu...yang kat atas tu. Dia yang bagi kita rezeki. Bukan bos, bukan PM. Apa yang kita buat ni, Allah yang bayar. Kita kena ikhlaskan hati sebab Dia yang nilai kita,". Setiap kali saya rasa tertekan dengan kerja, saya ingat ayat tu dan saya jadi cool balik. Betul la....hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Hasilnya, total OT saya untuk bulan tu lebih kurang separuh daripada gaji basic. Rasa puas.

Dijadikan cerita, selepas saya dapat bayaran OT saya tu, hampir setiap hari saya nampak berita, atau FB posts yang bercerita tentang golongan yang memerlukan bantuan kewangan. Bukan satu dua, mungkin lebih daripada itu. Tergerak hati saya untuk memberi sumbangan walaupun saya tahu saya juga perlu menyimpan. Tapi itulah.....saya yakin dengan janji Allah. Saya hulurkan sebanyak mana yang saya mampu. Tak banyak tapi saya senang hati dapat menghulurkan sedikit bantuan.

Bulan yang sama saya perlu menghadiri temuduga pegawai imigresen (gred 17). Saya masa tu 50-50 sebab saya sebenarnya dah letih pegi interview kerajaan ni. Tapi Allah kuatkan hati saya untuk bagi peluang kat diri sendiri. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya. Mula-mula masa ujian fizikal, saya ni silau....tak berapa nampak huruf-huruf halus kat board. Saya dah risau takut fail kat situ. Gagal ujian fizikal maknanya saya kena balik terus tanpa ditemuduga. Allahu akbar....pegawai bertugas bagi saya rehatkan mata sekejap dan cuba lagi sekali. Akhirnya saya lepas.

Kemudian sesi temuduga pulak. Syukur Allah permudahkan urusan saya sekali lagi. Penemuduga saya sangaaattt memudahkan...ringan mulut untuk berbincang dan suasananya agak santai. Ketawa-ketawa, loyar buruk........saya langsung tak rasa tertekan semasa ditemuduga, sebaliknya rasa macam bertukar-tukar pendapat je.

Semuanya terasa sangat mudah.

Cuma silapnya di sini adalah kekuatan doa saya. Saya 50-50. Hati saya antara nakkan jawatan tu dengan tidak. Guess what? Allah Maha Mendengar. Itulah yang Allah bagi saya.

50-50.
Dilantik tidak, gagal pun tidak.
Status saya adalah "Simpanan Lantikan".

Reaksi saya masa dapat keputusan? Tak sedih, tak kecewa. Tapi rasa terpukul. Subhanallah....begitu mudahnya Allah tunaikan hajat saya. Kalaulah saya betul-betul berhajatkan jawatan tu masa tu, mungkin sekarang saya sedang menunggu anda datang buat pasport dengan saya. Hehe.......

Oklah....panjang sangat ni. Ada satu cerita lagi. Sambung part 2 pulak ;)

0 orang kaya kat sini:

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign