Wednesday, January 27, 2010

Adat berkabung

Saya rasa saya bertuah sebab dapat merasai dua pengalaman berkabung yang berbeza dalam tempoh setahun.

Tahun lepas, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan masa tu, Tuanku Jaafar, telah mangkat di Hospital Besar Seremban. Jenazah almarhum mengambil masa yang agak lama untuk dikebumikan memandangkan Negeri Sembilan mempunyai adat pertabalan yang melibatkan ramai pihak (saya kurang arif berkenaan adat tersebut). Tapi apa yang saya pasti, perbincangan di antara Undang Luak menentukan yamtuan yang seterusnya. Kini Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan yamtuan baru yang sepatutnya telah mengambil tempat baginda sejak 40 tahun yang lepas. Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebenarnya merupakan pemerintah yang lebih layak kerana baginda merupakan anakanda kepada Tuanku Munawir yang memerintah sebelum itu. Namun disebabkan Tuanku Muhriz masih berada di bawah umur semasa kemangkatan Tuanku Munawir, Undang Luak telah memilih ayahanda saudara baginda iaitu Tuanku Jaafar bagi mentadbir Negeri Sembilan buat sementara waktu sehingga Tuanku Muhriz dewasa (err....ada yang tak faham tak?) .

Adat berkabung di Negeri Sembilan bagi rakyat jelata ialah songkok lilit putih bagi lelaki Islam dan tudung hitam bagi wanita Islam, manakala bagi bukan Islam, memakai lilit putih di pergelangan tangan. Adat berkabung ini adalah selama 40 hari. Masa tu saya tak ada tudung hitam...jadi saya dah risau, mana nak cari tudung hitam ni. Lama lak tu kena pakai. Tak pernah sebelum ni bila saya cari tudung bawal kat kedai, jawapan yang saya terima, "Dah habih la dik. Tudung jenis lain ado la,". Adeh....dah la saya pandai pakai tudung bawal je. Mujur kawan kat HQ kena pergi melawat tapak kat Terengganu, saya kirim je la kat beliau. Haha....jauh tul import.

Den raso golap jo dunio ni hari2 pakai tudung hitam. Mujur la tak diwajibkan macam kat Johor. Sekali sekala saya pakai tudung kaler jugak :D

Adat kat Johor pulak, rakyat jelata kena pakai songkok lilit putih, tudung putih bagi wanita Islam, dan lilit hitam bagi bukan Islam selama 7 hari. Wawawa.....nasib baik saya tak kerja kat Johor. Saya tak suka pakai tudung putih!

Tersenyum sendiri bila baca komen adik dan kawan2 saya kat Facebook, "Mari berkabung,"... "Mana nak cari tudung putih ni,"... "Nasib baik tudung sekolah rendah boleh guna lagi,". Hehehe.....dah la diwajibkan ek. Kalau tak pakai kena denda ye? Takpelah....7 hari je kan, bukan 40 hari macam kat Negeri Sembilan. Kalau tidak...mesti korang sawan hari2 kena pakai songkok dan tudung putih.

Alhamdulillah, adat di Johor tak terlalu renyah macam di Negeri Sembilan membolehkan jenazah almarhum dikebumikan dalam tempoh tak sampai 24jam. Saya turut merasa terharu melihat kerjasama di antara ahli keluarga diraja Johor yang turut sama2 berpenat dan berpanas membawa keranda turun dari istana.

Apa pun...saya mendoakan semoga roh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan juga Almarhum Tuanku Jaafar diampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan di kalangan para solihin. Amiiiin..Al-fatihah.

2 orang kaya kat sini:

Aujinz said...

Alfatihah..

Aujinz said...

yay...
dah boleh masuk blog cik dayana.. ♫

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign