Monday, January 4, 2010

Lemak Trans


Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan lemak Trans?

Jawapan : Lemak Trans pada asasnya adalah lemak sayur poli tak tepu yang telah diubah secara kimia melalui proses yang dikenali sebagai penghidrogenan.

Ini adalah proses bahan kimia kasar yang menukarkan minyak sayur menjadi lemak pepejal atau separa pepejal (iaitu lemak yang lebih keras) pada suhu bilik, yang membolehkan minyak itu tetap segar bagi tempoh masa yang dilanjutkan.

Lemak berhidrogen kurang berkemungkinan rosak, jadi produk yang diperbuat daripada lemak ini tahan lebih lama berbanding jika diperbuat daripada minyak cecair, ciri-ciri ini mempunyai kebaikan dalam pengeluaran makanan yang diproses.

Lemak trans juga lebih digemari kerana apabila digunakan dalam makanan seperti biskut, ia menjadikan produk makanan segar lebih lama, namun bagi pengguna lemak sintetik atau palsu ini mempunyai keburukan dari segi pemakanan.

Para saintis mendapati tubuh manusia tidak mengetahui apa yang hendak dilakukan dengan lemak trans ini dan akhirnya hanya menyimpannya, keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah pada masa hadapan.

Pakar pemakanan menyatakan lemak ini perlu disingkirkan daripada diet kita secepat mungkin.


Siri laporan daripada Institut Perubatan Amerika Syarikat dan jawatankuasa pakar lain telah berpendapat bahawa lemak trans perlu dianggap sama risikonya dengan lemak tepu dalam keupayaannya untuk meningkatkan paras kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.

Lemak trans memburukkan sistem kardiovaskular seseorang berbanding lemak tepu. Lemak tepu meningkatkan paras kolesterol LDL (lipoprotein ketumpatan rendah) ‘buruk’, tanpa menjejaskan kolesterol ‘baik’ (lipoprotein ketumpatan tinggi - HDL).

Lemak trans meningkatkan LDL seperti lemak tepu tetapi tidak seperti lemak tepu, ia mengurangkan HDL secara serentak.

Ini menjadikan nisbah kolesterol seseorang tidak seimbang secara berbahaya, yang boleh menyebabkan seseorang mengalami risiko penyakit yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Selain itu empat kajian besar mengenai penduduk telah menunjukkan jumlah lemak trans yang diberikan adalah lebih cenderung menyebabkan penyakit jantung berbanding jumlah lemak tepu yang sama.

Oleh itu, lemak trans boleh menyebabkan penyakit jantung melalui mekanisme lain serta menjejaskan kolesterol darah.

Sehubungan itu, para pengguna yang mengalami risiko penyakit jantung perlu berhati-hati agar tidak menggantikan lemak tepu dalam diet mereka dengan makanan yang kaya dengan minyak berhidrogen.

(Sumber ::
http://hspben.moh.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=57&Itemid=25)

*Elakkan pengambilan lemak trans - barangan bakar yang disediakan secara komersial, marjerin separa terhidrogen, makanan snek dan makanan proses merupakan makanan paling lazim mengandungi asid lemak trans. Kentang goreng dan onion ring sememangnya lazat, tetapi mengandungi asid lemak trans yang sangat tinggi.

(Sumber ::
http://www.biovco.com/kolestrol-jantung-10tc.php?ref=yg)


[Makanan2 yang mengandungi lemak trans :: biskut, roti dan makanan lain yang mempunyai lemak sayuran terhidrogen...haha...jadi sila la makan roti yang takde lemak trans. Kalau diet pun tapi mengundang penyakit, apalah maknanya ;)]

Related Posts:

  • Coklat untuk HantaranAlahaiii....bukan main bersawang lagi blog ni. Kononnya hari tu nak update pasal hukum menuntut semula hutang yang dah dihalalkan, tapi bulan lepas sangaaaaaaaaat la kelam kabut menguruskan majlis. Bila balik KL tak bawak pul… Read More
  • Perkara-perkara remeh punca penceraianTadi dengar HotFM...segmen sebelum masuk waktu Zuhur tu. Prof Izzi pun bercerita la tentang perkara-perkara remeh yang menjadi punca penceraian. Antaranya :Memperkecilkan suami - yang ini kadang2 dari gurauan pun leh jadi ser… Read More
  • Benci ah si Gaga ni. Bukan lawa pun!Perhatian....perhatian!! Saya dapat ni daripada kawan kat Facebook. Hmm....sesuatu yang menarik dan penting untuk dikongsi bersama. Entri ni panjang, tapi sila baca sampai habis ye. Ya Allah...semoga Allah melindungi kita sem… Read More
  • Homemade MarshmallowSiapa suka makan marshmallow? Kadang-kadang kita tak pasti sama ada marshmallow yang ada dijual kat kedai-kedai tu halal ke tidak. Saya ni dah la termasuk dalam kategori gila makan marshmallow [okeh, tak gila. Mungkin addict… Read More
  • Tips menghadiri peperiksaan bertulis PTDOklah....memandangkan saya ni boleh dikira sebagai veteran dalam bab exam bertulis kerajaan ni (dapatnya tak pun. Ceh. Penat tau pegi exam.), meh saya kongsikan tips-tips yang mungkin berguna buat anda yang akan ambil exam tu… Read More

0 orang kaya kat sini:

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign