This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Tips menghadiri peperiksaan bertulis PTD

Oklah....memandangkan saya ni boleh dikira sebagai veteran dalam bab exam bertulis kerajaan ni (dapatnya tak pun. Ceh. Penat tau pegi exam.), meh saya kongsikan tips-tips yang mungkin berguna buat anda yang akan ambil exam tu bila-bila nanti.

Sejak kali pertama saya 'kenal' exam ni, banyak perubahan dah dilakukan antaranya :

1) Dulu exam dua hari. Dulu tu.....tahun 2007. Sekarang sehari je.

2) Dulu jugak....banyak paper. Ada Pengetahuan Am, Kefahaman Esei, Daya Menyelesaikan Masalah (matematik dan soalan IQ), Esei Bahasa Melayu, Esei Bahasa Inggeris dan Sahsiah. Bayangkan betapa tertekannya masa tu. Dah la soalan-soalan exam dulu jauh lebih susah berbanding sekarang. Tahun ni paper Kefahaman Esei dah takde kan? Paper sahsiah tu tak ingat tahun bila dah dikeluarkan. Mana dengan matematik tak sempat nak jawab, soalan IQ memang buat berbelit urat kepala, pengetahuan am bukan setakat pasal sejarah dan perlembagaan tapi termasuk alat muzik yang kau tak penah dengar nama dia, tokoh-tokoh sukan yang tak familiar. Hamek. Hentammmmmm.....soalan sahsiah pulak 80 ke.....100 soalan tah, jawab dalam masa sejam (agaknya. Ok, seriously dah lupa). Lenguh urat tangan nak hitamkan OMR -_-"



Kalau ada yang bertanya, saya dah beberapa kali lulus exam, pegi PAC tapi tak penah sampai interview. Haha......pasif sangat kan. Padan muka. Lain kali ai cerita pasal PAC pulak ye.

Jadi untuk adik-adik, kakak-kakak atau pun abang-abang yang akan menduduki exam PTD, mungkin boleh pertimbangkan tips-tips tak seberapa daripada saya ni.


  • Pengetahuan Am : kalau anda bukan seorang penonton setia berita setiap malam, banyakkan baca paper dua tiga bulan, kalau boleh 6 bulan sebelum tarikh exam. Kalau tak ada, boleh tengok arkib berita online. Maklumat lain saya cadangkan pergi ke website Pejabat Perdana Menteri dan juga Pusat Maklumat Rakyat (untuk maklumat umum tentang perlembagaan dan dasar negara).

  • Bermula 2013 saya difahamkan dah tak ada kertas pemahaman kan? Erm....kalau ada pun tak susah. Macam jawab soalan pemahaman exam sekolah je.

  • Daya Menyelesaikan Masalah : biasanya akan banyak soalan-soalan yang melibatkan peratus, jadual, pembahagian dan sebagainya yang memerlukan banyak cara kerja. Jadi skip dulu soalan-soalan macam ni, buat soalan-soalan yang senang yang boleh diselesaikan dalam masa 15-30 saat. Silap pembahagian masa anda tak akan sempat jawab semua soalan, malah takkan sempat hitamkan pun ikut suka hati sebelum kertas jawapan anda diambil.

  • Esei Bahasa Melayu : kebiasaannya, tajuk-tajuk bagi esei Bahasa Melayu lebih berat dan lebih kepada fakta semasa, atau menguji pengetahuan am anda tentang langkah-langkah yang sedang dan telah diambil oleh kerajaan. Boleh jadi juga untuk melihat idea-idea baru anda, atau pun untuk melihat kematangan anda berfikir dan menilai sesuatu isu. Boleh buka website yang saya berikan tadi sebagai rujukan.

  • Esei Bahasa Inggeris : pilihan soalannya lebih terbuka dan santai. Ini untuk melihat kemampuan dan kepantasan anda dalam berfikir dan mengolah idea tersebut di dalam bahasa Inggeris. Mudah bagi yang hebat dalam speaking, tapi masalah bagi yang kurang mahir sebab masa ni la semua vocabulary melayang tah ke mana! Masa tu rasa macam nak cari kamus je. Jadi, banyakkan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.

Secara kasarnya, ambil tahu tentang sejarah negara, sejarah perlembagaan, tentang dasar-dasar kerajaan dulu sampai sekarang, apa yang kerajaan sekarang buat, polisi dan sebagainya. Ini paling PENTING.


Bagi yang ada buku Malaysia Kita, ia adalah buku rujukan yang baik tapi anda tak perlu baca kulit ke kulit. Tebal sangat kot. Hehe... Sesiapa yang tak ada buku rujukan dan berkira-kira nak cari satu, mungkin boleh cuba buku contoh soalan peperiksaan PTD. Memang ada buku khas untuk exam PTD jadi untuk ambik feeeeelll boleh la try buat soalan-soalan dalam buku tu ye. Tapi BUKAN jaminan soalan-soalan tu yang akan keluar. Cuma boleh dijadikan panduan dan bagi kita rough ideas tentang bentuk soalan.

Bagi saya, bahagian paling penting adalah esei. Berdasarkan pengalaman saya, bila esei saya macam banyak idea matang walaupun tak berapa bombastik, dan penggunaan english saya tak tunggang langgang, maka saya lulus exam tu. Hehe....

Errr.....rasanya takde apa dah. Dah usaha, dah jawab selebihnya tawakal. Kalau lulus alhamdulillah. Kalau gagal, jangan putus asa. Kalau dapat panggilan exam, pegi je. Kalau dapat PAC jangan takut-takut. Ambil pengalaman dan belajar. Okay? ^_^

Sekian daripada saya, yang dah berkali-kali amik exam walaupun kadang-kadang rasa give up dah (eceh....cakap orang tadi kan. Haha...)

Chow.

Friday, January 21, 2011

Homemade Marshmallow

Siapa suka makan marshmallow?

Kadang-kadang kita tak pasti sama ada marshmallow yang ada dijual kat kedai-kedai tu halal ke tidak. Saya ni dah la termasuk dalam kategori gila makan marshmallow [okeh, tak gila. Mungkin addicted kot? Haha..]

Google punya google resepi marshmallow, jumpa satu website oversea ni. Lepas baca review satu persatu, 90%  review cakap resepi tu mudah dan sedap. Ape lagi.....otak ni dah mula ligat scan bahan-bahan yang ade kat rumah.

Tak nak cakap banyak. Jom kita masuk dapur :)

~*~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**


Tak susah pun nak buat. Kalau ikutkan 1 jam je boleh siap, tapi sebab semalam ada sikit kesilapan teknikal masa nak adun bahan2, maka terlajak la sampai 2 jam. Huhu....tak pasal2 je.

Basically, I used the recipe taken from 
http://allrecipes.com/Recipe/Emilys-Famous-Marshmallows/Detail.aspx. I went through all the reviews first to get some rough ideas about the process. 

So here is the original one :

Ingredients
  • 1 cup confectioners' sugar for dusting
  • 2 cups white sugar
  • 1 tablespoon light corn syrup/liquid glucose
  • 1 1/4 cups water, divided
  • 4 tablespoons unflavored gelatin
  • 2 egg whites
  • 1 teaspoon vanilla extract
Directions
  1. Dust a 9x9 inch square dish generously with confectioners' sugar.
  2. In a small saucepan over medium-high heat, stir together white sugar, corn syrup and 3/4 cup water. Heat to 250 to 265 degrees F (121 to 129 degrees C), or until a small amount of syrup dropped into cold water forms a rigid ball.
  3. While syrup is heating, place remaining water in a metal bowl and sprinkle gelatin over the surface. Place bowl over simmering water until gelatin has dissolved completely. Keep in a warm place until syrup has come to temperature. Remove syrup from heat and whisk gelatin mixture into hot syrup. Set aside.
  4. In a separate bowl, whip egg whites to soft peaks. Continue to beat, pouring syrup mixture into egg whites in a thin stream, until the egg whites are very stiff. Stir in vanilla. Spread evenly in prepared pan and let rest 8 hours or overnight before cutting.
Note :  I'd like to suggest you to use large saucepan instead of the small one, because your syrup+gelatine mixture might "explode". Well....mine didn't, but that's what they tell you in the reviews.

Dan ini adalah versi bahasa melayu yang dah ditranslate :

Bahan-bahannya 
1 cawan gula confectionary,untuk dusting
2 cawan gula
1 sudu besar sirap jagung ,--tuko ngan golden syrup je,,
3/4 cawan air utk masak gula
3/4 cawan air utk larutkan gelatin
4 sudu besar gelatin tiada perasa [~25-30gm. Satu peket gelatin Halagel = 21g)
2 biji putih telur 
1 sudu teh esen vanilla 


Cara-caranya 
• Ayak loyang 9 x 9 inci dengan gula confectionary. Ayak biar semua serata dan tebal. 
• Dalam periuk dengan api sederhana, campurkan gula, sirap jagung dan 3/4 cawan air. Masak sehingga suhu 250 - 265 darjah C, atau sehingga sirap bila jatuh ia bebentuk bulat. 
• Sementara sirap masih dimasak, air lebihan tuang kedalam mangkuk besi dan tabur gelatin. Letakkan mangkuk diatas air yang mendidih (double boil) sehingga serbuk gelatin larut. 
• Angkat periuk sirap dari atas api dan masukkan adunan gelatin dan gaul sebati. Ketepikan. 
• Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga pekat dan kental. Sambil memukul masukkan sirap sedikit demi sedikit sehingga adunan putih telur menjadi likat dan kental. 
• Masukkan esen vanilla dan tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan ia selama 8 jam [suhu bilik] atau semalaman sebelum memotong marshmallows mengikut citarasa anda.
Marshmallow yang menunggu masa untuk dipotong. (Sila abaikan sudut kiri. Tu belen2 dalam bekas yang dah mula mengeras sebelum dituang masuk dalam loyang)

Marshmallow yang dah siap dipotong, dipakaikan baju (salut dengan tepung jagung) dan sedia untuk dimakan. (Hehehe...potong bentuk kiub je. Tak rajin nak selongkar acuan-acuan biskut dalam almari)



Nota [berdasarkan pengalaman saya] :
  1. Saya kurangkan jumlah gula sebab rasa mcm banyak sangat. Saya tak suka manis.
  2. Golden syrup tu saya ganti dengan liquid glucose. Ada dijual kat kedai barang bakery.
  3. Saya tak ayak loyang dengan gula confectionary. Saya gris loyang dengan shortening (lemak sayuran) yang memang ada kat rumah. Kalau guna minyak masak pun boleh. Asalkan dia tak lekat kat loyang.
  4. Masukkan sirap ke dalam putih telur yang sedang dipukul tu sedikit demi sedikit SEBAB saya masuk semua sekali baru pukul dengan stand mixer. Haaa....kat sini la punca lambat sebab gula tu jadi keras dan berkeping kat dasar. Tak pasal2 sambil putar tu sambil ketuk2 sebab nak hancurkan gula. Dan tak pasal2 jugak tangan bersalut adunan yang likat, belengas, melekit tu sebab nak keluarkan baki gula yang tak hancur. [Tapi saya sarankan kurangkan jumlah gula sebab marshmallow saya masih manis walapun banyak jugak kepingan gula tak hancur dah dikeluarkan.]
  5. First try, marshmallow saya agak terlebih lembut dan kurang kenyal. Tak tau kat mana silapnya, tapi saya syak larutan gula saya tak cukup likat. Atau mungkin air untuk larutkan gelatin tu boleh dikurangkan sikit. Saya masih perlu bereksperimen kat sini.
  6. Tapi 2nd try, saya pukul adunan tu lebih lama sikit sampai dia betul2 likat [likat dia tu agak2 macam kalau korang masukkan dalam loyang, dia tak terus ambik bentuk acuan melainkan korang kena ketuk2 dulu]
  7. Elok jugak kalau korang rasa dulu adunan korang tu dah cukup manis ke belum.
  8. Tapi pape pun, rasa masih awesome dan macam marshmallow beli tu jugak. Hehe....selamat mencuba! ;)

[Bila dah terer buat marshmallow ni boleh la buat marshmallow fondant lak. Conventional fondant manis sangat laaa....]

Coklat untuk Hantaran

Alahaiii....bukan main bersawang lagi blog ni. Kononnya hari tu nak update pasal hukum menuntut semula hutang yang dah dihalalkan, tapi bulan lepas sangaaaaaaaaat la kelam kabut menguruskan majlis. Bila balik KL tak bawak pulak buku tu sekali.

Jadi...memandangkan mood mengapdet tengah meluap-luap ni, rasa macam nak upload gambar coklat yang baru disiapkan pagi tadi. Kawan kakak tempah untuk hantaran pertunangan sape tah. Hihihi.....baeklah...

.....tadaaaaaaa!!!

35 biji praline dengan kacang badam
Ade satu lagi tempahan, tapi belum siap. Lebih kurang macam ni jugak la. Bisnes kecik-kecik je ni, tapi kalau ada yang berminat nak tempah untuk bagi orang tersayang ke, special event ke, silakannnnn......

Untuk gambar-gambar yang lain, boleh pergi jenguk kat http://chokollis.blogspot.com [ini pun dah berhabuk dah. Adoiyaiii.....].

Jom makan coklat!

Monday, August 16, 2010

Benci ah si Gaga ni. Bukan lawa pun!

Perhatian....perhatian!! Saya dapat ni daripada kawan kat Facebook. Hmm....sesuatu yang menarik dan penting untuk dikongsi bersama. Entri ni panjang, tapi sila baca sampai habis ye. Ya Allah...semoga Allah melindungi kita semua daripada unsur-unsur menyesatkan macam ni. Na'uzubillahi min dzalik....


Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .

Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far .. Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni .. Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young. And I know you may love me. But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .

“She hides true love En su bolsillo. She’s got a halo ’round her finger, Around you.”

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan . Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?

Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan
“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall



Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando . I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..


i’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti . Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :) Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

Tuesday, January 19, 2010

Perkara-perkara remeh punca penceraian

Tadi dengar HotFM...segmen sebelum masuk waktu Zuhur tu. Prof Izzi pun bercerita la tentang perkara-perkara remeh yang menjadi punca penceraian. Antaranya :

  1. Memperkecilkan suami - yang ini kadang2 dari gurauan pun leh jadi serius. Hurm...
  2. Kerap menelefon untuk benda-benda remeh - setakat telefon nak bagitau kucing sakit perut, baik fokus kat TV tu.
  3. Terlalu suka kemas rumah sampai suami tak jumpa cari barang - haha....mama saya memang tak suka kemas barang-barang abah, biar abah kemas sendiri. Sebab kalau dia tak jumpa cari nanti satu rumah dia membebel. Ingat best cari barang sampai sejam tapi tak jumpa jugak?
  4. Mengambil mana-mana mukasurat dalam akhbar - okey, kalau pun isteri suka main sudoku dalam akhbar tu...jangan alihkan sampai la suami habis baca. Kalau suami penat balik kerja..nak rehat baca paper, tengok2 susunan muka surat dah bersepah. Berkerut la jugak dahi tu kan...
  5. Memotong mana-mana bahagian dalam majalah - kalau suami berkongsi baca majalah yang sama, tunggu dia habis baca dulu. Mengamuk kang dia nanti tengok majalah berlubang2. Silap haribulan keluaran seterusnya dia bagi majalah siap dengan gunting kat kamu. Haha....
  6. Menyuruh beli itu ini masa suami balik dari pejabat - suami itu sedang sangat penat. Biarlah dia rehat dulu, lepas tu gi beli sama-sama. Ok tak macam tu? Tapi kalau benda urgent rasanya takde masalah kan? :-s
  7. Arahan tak jelas - kalau suruh suami beli santan, cakap la santan kat kedai runcit ke...santan kotak ke, santan serbuk ke...jangan lak bila suami tersalah beli, kita yang perempuan ni membebel salahkan suami. Dia dah la penat gi beli, balik kena marah lak. Sape yang suka kan?

Itu je...sekian....

Peringatan untuk saya jugak :">

Tuesday, January 5, 2010

Selipar putus?

Pernahkah kamu berdepan dengan kejadian selipar putus masa sedang berjalan-jalan? Masa tu mana la nak dapat selipar lain dengan kadar segera kan. Tambah pulak kalau duit dalam poket pun cukup-cukup je dan tak mengizinkan beli selipar baru.
Saya dapat email tentang cara-cara mengatasi masalah ni menggunakan straw. Hehe....mari kita lihat :
1. Pilih straw yang sewarna dengan selipar. Kalau tak ada... terpaksa la kasi warna warni... meriah gitu... namanya pun darurat.. hehe.. tp ok pe???

2. Lipat straw



Monday, January 4, 2010

Lemak Trans


Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan lemak Trans?

Jawapan : Lemak Trans pada asasnya adalah lemak sayur poli tak tepu yang telah diubah secara kimia melalui proses yang dikenali sebagai penghidrogenan.

Ini adalah proses bahan kimia kasar yang menukarkan minyak sayur menjadi lemak pepejal atau separa pepejal (iaitu lemak yang lebih keras) pada suhu bilik, yang membolehkan minyak itu tetap segar bagi tempoh masa yang dilanjutkan.

Lemak berhidrogen kurang berkemungkinan rosak, jadi produk yang diperbuat daripada lemak ini tahan lebih lama berbanding jika diperbuat daripada minyak cecair, ciri-ciri ini mempunyai kebaikan dalam pengeluaran makanan yang diproses.

Lemak trans juga lebih digemari kerana apabila digunakan dalam makanan seperti biskut, ia menjadikan produk makanan segar lebih lama, namun bagi pengguna lemak sintetik atau palsu ini mempunyai keburukan dari segi pemakanan.

Para saintis mendapati tubuh manusia tidak mengetahui apa yang hendak dilakukan dengan lemak trans ini dan akhirnya hanya menyimpannya, keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah pada masa hadapan.

Pakar pemakanan menyatakan lemak ini perlu disingkirkan daripada diet kita secepat mungkin.

Monday, December 28, 2009

Anda gemar Sushi King?

Saya dapat email ni melalui YahooGroups Cip Kodok (Afdlin Shauki). Anda boleh percayakan email ini kerana nombor telefonnya adalah benar dan tidak ada penipuan di sini :)


Dear Mohd Shaffiq,


Thank you for your enquiry.


Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.


Following are products that contains Mirin:



1. Unagi Kabayaki

2. Unagi Slice

3. Karei Nitsuke

4. Saba Misoni

5. Mamakari

6. Ikura



On top of that, some of our restaurants do sell beer.



However, our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal Certified source.



Hope this answers your question.


Thank you.



Wishing you a Happy New Year 2010!

May you have a great day ahead!



Warmest Regards,

Marilyn Lim

Marketing Department

Sushi Kin Sdn. Bhd.

Tel: 03-56319060 Ext 283

Fax: 03-56325200



p/s :: Macam mana saya tau nombor telefon tu betul? Sebab 'dia' salah sorang staf kat ofis Sushi King x_x. Jadi sila la percaya. Muahaha....oh ye, sila berhati-hati juga. Mungkin lebih baik anda catatkan senarai makanan yang tidak halal tersebut dan bawa ke mana2 sahaja sebagai persediaan. Mencegah kan lebih baik.... :D

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign