Tuesday, January 26, 2010

Belasungkawa

Jumaat minggu lepas....hari pagi saya dikejutkan dengan ribut kecik kat fesbuk.


....Tentang kemangkatan Sultan Johor.....


Apekah?? Benarkah??
Ada yang cakap tengah gering....ada yang cakap dah mangkat.
Banyak version.
Saya sebagai rakyat Johor yang SAYANGkan Sultannya, mendoakan yang terbaik buat baginda.


Dalam perjalanan pulang ke Johor dengan menaiki bas kaler silver hijau tu, saya layan fesbuk kat 'bebeh'. Terkejut, sedih, pilu,.....bila tengok status kat wall fesbuk kak chik. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.


Akhirnya..baginda Sultan Johor telah meninggalkan kami semua rakyatnya.


Baginda mangkat pada usia 77 tahun.
Ye.....walaupun Sultan Iskandar terkenal dengan kebengisannya semasa masih muda dan kuat, mungkin juga telah menimbulkan kebencian di hati sesetengah pihak, saya sebagai anak jati Johor adalah sangat berterima kasih kerana saya merasa aman berada di negeri ini.

Baginda tegas. Baginda garang. Tapi dengan ketegasan dan kegarangannya itulah baginda berjaya menjadikan Johor sebuah negeri yang makmur, aman dan tenteram. Almarhum akan menegur mana2 yang tidak berkenan di hati, almarhum mendekati rakyat dengan caranya yang tersendiri.

Keakraban hubungan kekeluargaan institusi kesultanan negeri Johor dapat dilihat semasa keranda dibawa turun dari istana. Jarang weh kaum keluarga sendiri nak usung keranda tu. Selalunya pekerja istana yang buat. Saya sangat kagum.

Takziah buat seluruh keluarga Almarhum Sultan Iskandar di atas kehilangan ahli keluarga, dan takziah buat seluruh warga negeri Johor di atas kehilangan pemerintah yang berwibawa.

Semoga roh almarhum diampuni dosa2nya dan ditempatkan di kalangan para solihin. Insya Allah....amiiiin.
Al-fatihah.

Related Posts:

  • Ade aku kisah ke? Macam la aku nak kat ko punAduiyaiii....letih betul ikut mama dan abah shopping kat Chow Kit tadi.Mama kalau dapat shopping kat Chow Kit, seronok betul.Saya dah la pakai slack putih tadi...hambik kau..Dengan penuh sopan santun la I berjalan ye....takut… Read More
  • ~ Weekend ~Nothing much to say. Cuma agak bergumbira di hari Ahad lepas sebab gi PD dgn geng2 sawan VF. Walaupun ada sedikit terkilan. Tapi yes!! yes!! Saya berjaya menolak tepi rasa kekok untuk bercakap dan bergurau dengan budak… Read More
  • Aku Join Mencari The RanggiMari mencari harta karun (errkk....konsep macam harta karun...tapi ni mencari harta lanun sebab kawan saya ni lanun. Muahahahaa....) Sesuatu yang menarik kan? Lain daripada yang lain. Nak join? Sila klik pada banner ini… Read More
  • It's not easy.....Wah....dah lama saya tak mempadet blog ni ye. Hurmm....selain daripada tak ada cerita terbaru yang menarik, saya memang tak terasa nak mempadet pun. Bercuti seketika daripada merepek bukan2 kat dalam blog ni. This whole week … Read More
  • Lirik - Siapalah akuSiapalah aku iniyang ingin memetik cintamuSiapalah seadanyaDiriku di sisimu Kau punya segalanyaSedangkan aku insan hinaHidupku penuh dengan kisah dukaAntara kita jurangnya berbeza Biarlah...Usahlah bermain dengan apiKelak yan… Read More

0 orang kaya kat sini:

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign