Friday, January 21, 2011

Homemade Marshmallow

Siapa suka makan marshmallow?

Kadang-kadang kita tak pasti sama ada marshmallow yang ada dijual kat kedai-kedai tu halal ke tidak. Saya ni dah la termasuk dalam kategori gila makan marshmallow [okeh, tak gila. Mungkin addicted kot? Haha..]

Google punya google resepi marshmallow, jumpa satu website oversea ni. Lepas baca review satu persatu, 90%  review cakap resepi tu mudah dan sedap. Ape lagi.....otak ni dah mula ligat scan bahan-bahan yang ade kat rumah.

Tak nak cakap banyak. Jom kita masuk dapur :)

~*~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**


Tak susah pun nak buat. Kalau ikutkan 1 jam je boleh siap, tapi sebab semalam ada sikit kesilapan teknikal masa nak adun bahan2, maka terlajak la sampai 2 jam. Huhu....tak pasal2 je.

Basically, I used the recipe taken from 
http://allrecipes.com/Recipe/Emilys-Famous-Marshmallows/Detail.aspx. I went through all the reviews first to get some rough ideas about the process. 

So here is the original one :

Ingredients
  • 1 cup confectioners' sugar for dusting
  • 2 cups white sugar
  • 1 tablespoon light corn syrup/liquid glucose
  • 1 1/4 cups water, divided
  • 4 tablespoons unflavored gelatin
  • 2 egg whites
  • 1 teaspoon vanilla extract
Directions
  1. Dust a 9x9 inch square dish generously with confectioners' sugar.
  2. In a small saucepan over medium-high heat, stir together white sugar, corn syrup and 3/4 cup water. Heat to 250 to 265 degrees F (121 to 129 degrees C), or until a small amount of syrup dropped into cold water forms a rigid ball.
  3. While syrup is heating, place remaining water in a metal bowl and sprinkle gelatin over the surface. Place bowl over simmering water until gelatin has dissolved completely. Keep in a warm place until syrup has come to temperature. Remove syrup from heat and whisk gelatin mixture into hot syrup. Set aside.
  4. In a separate bowl, whip egg whites to soft peaks. Continue to beat, pouring syrup mixture into egg whites in a thin stream, until the egg whites are very stiff. Stir in vanilla. Spread evenly in prepared pan and let rest 8 hours or overnight before cutting.
Note :  I'd like to suggest you to use large saucepan instead of the small one, because your syrup+gelatine mixture might "explode". Well....mine didn't, but that's what they tell you in the reviews.

Dan ini adalah versi bahasa melayu yang dah ditranslate :

Bahan-bahannya 
1 cawan gula confectionary,untuk dusting
2 cawan gula
1 sudu besar sirap jagung ,--tuko ngan golden syrup je,,
3/4 cawan air utk masak gula
3/4 cawan air utk larutkan gelatin
4 sudu besar gelatin tiada perasa [~25-30gm. Satu peket gelatin Halagel = 21g)
2 biji putih telur 
1 sudu teh esen vanilla 


Cara-caranya 
• Ayak loyang 9 x 9 inci dengan gula confectionary. Ayak biar semua serata dan tebal. 
• Dalam periuk dengan api sederhana, campurkan gula, sirap jagung dan 3/4 cawan air. Masak sehingga suhu 250 - 265 darjah C, atau sehingga sirap bila jatuh ia bebentuk bulat. 
• Sementara sirap masih dimasak, air lebihan tuang kedalam mangkuk besi dan tabur gelatin. Letakkan mangkuk diatas air yang mendidih (double boil) sehingga serbuk gelatin larut. 
• Angkat periuk sirap dari atas api dan masukkan adunan gelatin dan gaul sebati. Ketepikan. 
• Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga pekat dan kental. Sambil memukul masukkan sirap sedikit demi sedikit sehingga adunan putih telur menjadi likat dan kental. 
• Masukkan esen vanilla dan tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan ia selama 8 jam [suhu bilik] atau semalaman sebelum memotong marshmallows mengikut citarasa anda.
Marshmallow yang menunggu masa untuk dipotong. (Sila abaikan sudut kiri. Tu belen2 dalam bekas yang dah mula mengeras sebelum dituang masuk dalam loyang)

Marshmallow yang dah siap dipotong, dipakaikan baju (salut dengan tepung jagung) dan sedia untuk dimakan. (Hehehe...potong bentuk kiub je. Tak rajin nak selongkar acuan-acuan biskut dalam almari)



Nota [berdasarkan pengalaman saya] :
  1. Saya kurangkan jumlah gula sebab rasa mcm banyak sangat. Saya tak suka manis.
  2. Golden syrup tu saya ganti dengan liquid glucose. Ada dijual kat kedai barang bakery.
  3. Saya tak ayak loyang dengan gula confectionary. Saya gris loyang dengan shortening (lemak sayuran) yang memang ada kat rumah. Kalau guna minyak masak pun boleh. Asalkan dia tak lekat kat loyang.
  4. Masukkan sirap ke dalam putih telur yang sedang dipukul tu sedikit demi sedikit SEBAB saya masuk semua sekali baru pukul dengan stand mixer. Haaa....kat sini la punca lambat sebab gula tu jadi keras dan berkeping kat dasar. Tak pasal2 sambil putar tu sambil ketuk2 sebab nak hancurkan gula. Dan tak pasal2 jugak tangan bersalut adunan yang likat, belengas, melekit tu sebab nak keluarkan baki gula yang tak hancur. [Tapi saya sarankan kurangkan jumlah gula sebab marshmallow saya masih manis walapun banyak jugak kepingan gula tak hancur dah dikeluarkan.]
  5. First try, marshmallow saya agak terlebih lembut dan kurang kenyal. Tak tau kat mana silapnya, tapi saya syak larutan gula saya tak cukup likat. Atau mungkin air untuk larutkan gelatin tu boleh dikurangkan sikit. Saya masih perlu bereksperimen kat sini.
  6. Tapi 2nd try, saya pukul adunan tu lebih lama sikit sampai dia betul2 likat [likat dia tu agak2 macam kalau korang masukkan dalam loyang, dia tak terus ambik bentuk acuan melainkan korang kena ketuk2 dulu]
  7. Elok jugak kalau korang rasa dulu adunan korang tu dah cukup manis ke belum.
  8. Tapi pape pun, rasa masih awesome dan macam marshmallow beli tu jugak. Hehe....selamat mencuba! ;)

[Bila dah terer buat marshmallow ni boleh la buat marshmallow fondant lak. Conventional fondant manis sangat laaa....]

2 orang kaya kat sini:

Fina Fento said...

aumm..macam sedap je..pos sini sket :P

Cik Yana said...

hehe....buat masa ni blom rajin lg. kalo rajin nnt ai mintak alamat yu ye :">

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign