This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, January 28, 2010

Simpan elok2....atau lepaskan?

Kawan-kawan...

Cantik kan burung ni.
Ni la dia burung cenderawasih.
Susah sangat nak jumpa.

Tapi ramai orang berminat dengan burung ni.
Orang kata...siapa yang jumpa burung ni bertuah ye?





Kalau la kamu jumpa burung ni, mesti kamu sayang sangat kan?
Kalau ada orang mintak, agak-agak kamu nak bagi tak?


Macam mana mo simpan burung ni?
Masuk sangkar? Macam gambar bawah ni?




Kesian dia.

Nampak macam tak gembira je :(
Tapi kalau tak jaga baik-baik, nanti dia terbang pulak.


Macam mana ye?
Nak dijaga elok-elok, takut dia rasa tak bebas.
Nak dibiarkan bebas, takut lak dia hilang.


Alahaiii......


[ini bukan kisah mengenai seekor burung cenderawasih.
Korang faham2kan la sendiri. Hahaha....]



Wednesday, January 27, 2010

Adat berkabung

Saya rasa saya bertuah sebab dapat merasai dua pengalaman berkabung yang berbeza dalam tempoh setahun.

Tahun lepas, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan masa tu, Tuanku Jaafar, telah mangkat di Hospital Besar Seremban. Jenazah almarhum mengambil masa yang agak lama untuk dikebumikan memandangkan Negeri Sembilan mempunyai adat pertabalan yang melibatkan ramai pihak (saya kurang arif berkenaan adat tersebut). Tapi apa yang saya pasti, perbincangan di antara Undang Luak menentukan yamtuan yang seterusnya. Kini Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan yamtuan baru yang sepatutnya telah mengambil tempat baginda sejak 40 tahun yang lepas. Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebenarnya merupakan pemerintah yang lebih layak kerana baginda merupakan anakanda kepada Tuanku Munawir yang memerintah sebelum itu. Namun disebabkan Tuanku Muhriz masih berada di bawah umur semasa kemangkatan Tuanku Munawir, Undang Luak telah memilih ayahanda saudara baginda iaitu Tuanku Jaafar bagi mentadbir Negeri Sembilan buat sementara waktu sehingga Tuanku Muhriz dewasa (err....ada yang tak faham tak?) .

Adat berkabung di Negeri Sembilan bagi rakyat jelata ialah songkok lilit putih bagi lelaki Islam dan tudung hitam bagi wanita Islam, manakala bagi bukan Islam, memakai lilit putih di pergelangan tangan. Adat berkabung ini adalah selama 40 hari. Masa tu saya tak ada tudung hitam...jadi saya dah risau, mana nak cari tudung hitam ni. Lama lak tu kena pakai. Tak pernah sebelum ni bila saya cari tudung bawal kat kedai, jawapan yang saya terima, "Dah habih la dik. Tudung jenis lain ado la,". Adeh....dah la saya pandai pakai tudung bawal je. Mujur kawan kat HQ kena pergi melawat tapak kat Terengganu, saya kirim je la kat beliau. Haha....jauh tul import.

Den raso golap jo dunio ni hari2 pakai tudung hitam. Mujur la tak diwajibkan macam kat Johor. Sekali sekala saya pakai tudung kaler jugak :D

Adat kat Johor pulak, rakyat jelata kena pakai songkok lilit putih, tudung putih bagi wanita Islam, dan lilit hitam bagi bukan Islam selama 7 hari. Wawawa.....nasib baik saya tak kerja kat Johor. Saya tak suka pakai tudung putih!

Tersenyum sendiri bila baca komen adik dan kawan2 saya kat Facebook, "Mari berkabung,"... "Mana nak cari tudung putih ni,"... "Nasib baik tudung sekolah rendah boleh guna lagi,". Hehehe.....dah la diwajibkan ek. Kalau tak pakai kena denda ye? Takpelah....7 hari je kan, bukan 40 hari macam kat Negeri Sembilan. Kalau tidak...mesti korang sawan hari2 kena pakai songkok dan tudung putih.

Alhamdulillah, adat di Johor tak terlalu renyah macam di Negeri Sembilan membolehkan jenazah almarhum dikebumikan dalam tempoh tak sampai 24jam. Saya turut merasa terharu melihat kerjasama di antara ahli keluarga diraja Johor yang turut sama2 berpenat dan berpanas membawa keranda turun dari istana.

Apa pun...saya mendoakan semoga roh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan juga Almarhum Tuanku Jaafar diampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan di kalangan para solihin. Amiiiin..Al-fatihah.

Tuesday, January 26, 2010

Belasungkawa

Jumaat minggu lepas....hari pagi saya dikejutkan dengan ribut kecik kat fesbuk.


....Tentang kemangkatan Sultan Johor.....


Apekah?? Benarkah??
Ada yang cakap tengah gering....ada yang cakap dah mangkat.
Banyak version.
Saya sebagai rakyat Johor yang SAYANGkan Sultannya, mendoakan yang terbaik buat baginda.


Dalam perjalanan pulang ke Johor dengan menaiki bas kaler silver hijau tu, saya layan fesbuk kat 'bebeh'. Terkejut, sedih, pilu,.....bila tengok status kat wall fesbuk kak chik. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.


Akhirnya..baginda Sultan Johor telah meninggalkan kami semua rakyatnya.


Baginda mangkat pada usia 77 tahun.
Ye.....walaupun Sultan Iskandar terkenal dengan kebengisannya semasa masih muda dan kuat, mungkin juga telah menimbulkan kebencian di hati sesetengah pihak, saya sebagai anak jati Johor adalah sangat berterima kasih kerana saya merasa aman berada di negeri ini.

Baginda tegas. Baginda garang. Tapi dengan ketegasan dan kegarangannya itulah baginda berjaya menjadikan Johor sebuah negeri yang makmur, aman dan tenteram. Almarhum akan menegur mana2 yang tidak berkenan di hati, almarhum mendekati rakyat dengan caranya yang tersendiri.

Keakraban hubungan kekeluargaan institusi kesultanan negeri Johor dapat dilihat semasa keranda dibawa turun dari istana. Jarang weh kaum keluarga sendiri nak usung keranda tu. Selalunya pekerja istana yang buat. Saya sangat kagum.

Takziah buat seluruh keluarga Almarhum Sultan Iskandar di atas kehilangan ahli keluarga, dan takziah buat seluruh warga negeri Johor di atas kehilangan pemerintah yang berwibawa.

Semoga roh almarhum diampuni dosa2nya dan ditempatkan di kalangan para solihin. Insya Allah....amiiiin.
Al-fatihah.

Friday, January 22, 2010

Longing for them :'(

Tadi...
Tangan ni gatal nak tengok balik gambar2 masa jalan2 kat Labuan dengan mereka.
Wajah2 ceria dan teruja.
Hati berbunga.
Seronok sangat masa tu walaupun ada sikit kekacauan jiwa berlaku terhadap diri sendiri.
Meroyan dan menyawan bersama mereka, borong coklat, cari perfume, jadi pengiring pengantin...
Hati ni tersenyum sendiri.
Tersenyum pahit kot.
Mungkin itulah agaknya kenangan terindah yang terakhir dengan mereka.
Segala-galanya dah berubah.
Kini terasa janggal untuk bersama mereka.
Dia, dia dan dia...selalu bising..
"Perasaan sendiri je tu. Takde pape pun la. Buat macam biasa je,"
Maaflah...kejanggalan tu masih terasa.
Yer...masih terasa.
Andai dapat diundur waktu...mungkinkah sekarang ni keceriaan bersama mereka masih ada?
Tapi...andai dapat diperbetulkan apa yang telah terjadi dulu,
tercapaikah bahagia yang kini di depan mata?
Aduhaiii....macam selfish pulak bunyinya.
Tapi sungguh,
Melihat gambar2 tu....
Hati ini terlalu rindukan mereka.
Teman,
Maaf...andainya kelihatan terlalu mementingkan diri.
Maaf kerana semakin menjauhkan diri.
Tetapi...fahamilah,
Hati ini tidak lagi bersama kamu, kamu dan kamu..
Bukan kerana membenci,
Tapi hilangnya rasa yakin dan percaya,
Dan lantaran terasa diri terlalu hina di mata kamu.
Sebuah luahan rasa.
Alangkah sukarnya mencipta bahagia.
Moga tetaplah hati ini untuk dia,
walau mereka tak suka,
walau apa pun yang mereka kata.
Yang terlalu merindui,
Yana.
@}~~

Wednesday, January 20, 2010

Bila fokus kat keje dah hilang

Keje...keje..
Kebelakangan ni sangat banyak keje..huhu...
Tapi takde mood mo buat...saya mudah hilang fokus..
Mari menjelajah ke pejabat saya. Heee...~~




Inilah meja saya. Bersepah.
Dah lama tak bersepah macam ni.
Botol air saye kaler hijau, beli kat AVON.
Telefon biru tu leh wat call dalam N9 je.
Kalau nak call Putrajaya saya kena guna tepon kat luar.
Depan meja saya ialah meja pembantu tadbir merangkap PA bos
merangkap jurutaip. Sebelah meja dia ialah pintu.
Ye...meja saya mengadap pintu.
So ade je orang keluar masuk bilik ni mintak
dia tolong taipkan claim, cuti dan lain2.
Fokus saya terganggu.
Bilik ni asik ade je orang bercakap2. Saya tak suka.
VERY DISTRACTING!
To mention, sebelah meja saya pun ada meja jugak.
Lelaki. Suara dia kuat.
Tu pun sangat mengganggu fokus saya kalau dia nak cakap pasal
bos, keje, exco, dan lain2. Hohh!
Kadang2 saya rasa menyampah bila bos atau staff tiba2 muncul kat pintu tu.
Saya selalu cakap sorang2 dalam hati, "Seybok je,"
Tapi apa boleh buat...saya bukan duduk sorang.
Semak dan sempit tak bilik ni?
Dulu ok lagi...tapi sejak almari coklat tu sampai,
bilik ni di re-org balik...
Bertambah sempit.
Kadang2 rasa macam nak sepak je barang2 dalam ni.
Alang2 jalan pun dah nak tersepak kan, baik sepak betul2 :-"

Tuesday, January 19, 2010

Perkara-perkara remeh punca penceraian

Tadi dengar HotFM...segmen sebelum masuk waktu Zuhur tu. Prof Izzi pun bercerita la tentang perkara-perkara remeh yang menjadi punca penceraian. Antaranya :

  1. Memperkecilkan suami - yang ini kadang2 dari gurauan pun leh jadi serius. Hurm...
  2. Kerap menelefon untuk benda-benda remeh - setakat telefon nak bagitau kucing sakit perut, baik fokus kat TV tu.
  3. Terlalu suka kemas rumah sampai suami tak jumpa cari barang - haha....mama saya memang tak suka kemas barang-barang abah, biar abah kemas sendiri. Sebab kalau dia tak jumpa cari nanti satu rumah dia membebel. Ingat best cari barang sampai sejam tapi tak jumpa jugak?
  4. Mengambil mana-mana mukasurat dalam akhbar - okey, kalau pun isteri suka main sudoku dalam akhbar tu...jangan alihkan sampai la suami habis baca. Kalau suami penat balik kerja..nak rehat baca paper, tengok2 susunan muka surat dah bersepah. Berkerut la jugak dahi tu kan...
  5. Memotong mana-mana bahagian dalam majalah - kalau suami berkongsi baca majalah yang sama, tunggu dia habis baca dulu. Mengamuk kang dia nanti tengok majalah berlubang2. Silap haribulan keluaran seterusnya dia bagi majalah siap dengan gunting kat kamu. Haha....
  6. Menyuruh beli itu ini masa suami balik dari pejabat - suami itu sedang sangat penat. Biarlah dia rehat dulu, lepas tu gi beli sama-sama. Ok tak macam tu? Tapi kalau benda urgent rasanya takde masalah kan? :-s
  7. Arahan tak jelas - kalau suruh suami beli santan, cakap la santan kat kedai runcit ke...santan kotak ke, santan serbuk ke...jangan lak bila suami tersalah beli, kita yang perempuan ni membebel salahkan suami. Dia dah la penat gi beli, balik kena marah lak. Sape yang suka kan?

Itu je...sekian....

Peringatan untuk saya jugak :">

Tuesday, January 5, 2010

Selipar putus?

Pernahkah kamu berdepan dengan kejadian selipar putus masa sedang berjalan-jalan? Masa tu mana la nak dapat selipar lain dengan kadar segera kan. Tambah pulak kalau duit dalam poket pun cukup-cukup je dan tak mengizinkan beli selipar baru.
Saya dapat email tentang cara-cara mengatasi masalah ni menggunakan straw. Hehe....mari kita lihat :
1. Pilih straw yang sewarna dengan selipar. Kalau tak ada... terpaksa la kasi warna warni... meriah gitu... namanya pun darurat.. hehe.. tp ok pe???

2. Lipat straw



Monday, January 4, 2010

Lemak Trans


Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan lemak Trans?

Jawapan : Lemak Trans pada asasnya adalah lemak sayur poli tak tepu yang telah diubah secara kimia melalui proses yang dikenali sebagai penghidrogenan.

Ini adalah proses bahan kimia kasar yang menukarkan minyak sayur menjadi lemak pepejal atau separa pepejal (iaitu lemak yang lebih keras) pada suhu bilik, yang membolehkan minyak itu tetap segar bagi tempoh masa yang dilanjutkan.

Lemak berhidrogen kurang berkemungkinan rosak, jadi produk yang diperbuat daripada lemak ini tahan lebih lama berbanding jika diperbuat daripada minyak cecair, ciri-ciri ini mempunyai kebaikan dalam pengeluaran makanan yang diproses.

Lemak trans juga lebih digemari kerana apabila digunakan dalam makanan seperti biskut, ia menjadikan produk makanan segar lebih lama, namun bagi pengguna lemak sintetik atau palsu ini mempunyai keburukan dari segi pemakanan.

Para saintis mendapati tubuh manusia tidak mengetahui apa yang hendak dilakukan dengan lemak trans ini dan akhirnya hanya menyimpannya, keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah pada masa hadapan.

Pakar pemakanan menyatakan lemak ini perlu disingkirkan daripada diet kita secepat mungkin.

Lelaki dan Cinta???

Seorang kawan mengirimkan ini melalui YM.
Hurmm....betul ke tidak....jom kita semak :D

Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

Lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia trauma dalam hidup mereka.

Sekadar berkongsi. Tidak ada kaitan dengan mana2 individu :)

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign