This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, April 27, 2010

Enjoying myself as a Cinderella

Haha....okeh2..
To be specific, enjoying myself being a full time housewife.
These few days suddenly I'm transforming myself into a hygienic freak.
Sapu rumah, mop lantai, vacuum karpet, sental sink, sental bilik air, kemas bilik.
Wah...satu aktiviti yang sihat dan jimat.
Lagipun kesian lak biarkan mama yang mengemas rumah. Hee...
Sementara saya ada kat JB ni leh la tolong2. Stamina pun dah kurenggg skrg. 
Naik tangga pon mengah. Hehehe....

But I can bet it won't stay long.
Muahahahaaa.....
So...
Kite enjoyyy!!

Err...kesimpulannya, tak yah keluar duit banyak2 kalau nak sihat. Buat pakej penuh pembersihan rumah pun dah cukup untuk bakar kalori. Jimat. Sihat. [Senang la ko cakap yana kan. Tengok diri sendiri dulu -_-"]


p/s : ok...yg sebenarnya saya jadi rajin mengemas ni sebab nak lepas geram dengan cara yang positif! ;p

Saturday, April 24, 2010

It's not easy.....

Wah....dah lama saya tak mempadet blog ni ye. Hurmm....selain daripada tak ada cerita terbaru yang menarik, saya memang tak terasa nak mempadet pun. Bercuti seketika daripada merepek bukan2 kat dalam blog ni.

This whole week saya agak sibuk sampai mengadap laptop pun tak sampai 3 jam sehari. Hari sabtu gi kelas coklat, lepas tu sibuk menguruskan hal2 berpindah rumah. Penat...tapi puas hati sebab akhirnya setel jugak. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang membantu.

Hari khamis gi shopping dengan Sha yang baru balik dari Oman...which means, saya kena jadi nanny kat anak dia jugak. Adoiyaiii....kalau budak tu mesra alam macam anak sedara saya si Syifa tu kan bagus...haha..ni asyik nak melekat dengan mama dia. Hehh...paling kronik masa shopping tu, Sha gi solat dan saya kena dukung si kecik Nina tu. Warrghhh....budak tu punya melalak...sampai semua orang pandang saya. Bila diri depan pintu surau Nina pandang ke dalam sambil menguatkan volume dia. Malu gak rasa sebab orang lain sume ingat tu anak saya :(( Rasa mcm nak masuk je surau tu letak sebelah mama dia tapi kang mengganggu orang lain nak solat. Mujur la my sweetheart dah siap solat...lega sket rasa. Terus saya hand over handbag2 mama dan mummy Nina kat dia sebab tangan rasa macam nak patah dah pegang dua handbag sambil dukung Nina yang beratnya 8.5kg yang dah mula meronta-ronta sembam2 muka kat bahu saya. Kelam kabut betul. Cewahh....tiba-tiba rasa mcm ktorg lak mak bapak Nina. Haha....:p Tak lama lepas tu Sha siap solat dan ape lagi...cepat2 saya pass Nina kat dia. Huuuuhhh...legaaaaa....

[Sha, kalau ko bace ni....sorry weh sebab aku garang dgn anak ko. Hehehe....sebenarnya aku takde la rasa nak marah ke ape....aku rilek je tapi dah alang2 Nina tu tak nak mendengornye cakap aku....nak melalak aje...takpe la kan aku jadi mummy yang garang. Mummy2 dia yang lain nnt konfem akan manjekan dia gak. Kan....kan...Haha......]

Lepas tu kami temankan Sha cari baju baby kat Jusco. Mentang2 la saya ni nanny of the day, habis satu floor Jusco kat Midvalley tu saya pusing2 sambil tolak stroller Nina yang tengah sedap tido. Mama dia? Macam lupa kat anak dia sebab dah senyap sunyi. Hahahaha.....tapiii, bila ada si dia bersama, bila ada Nina depan mata, terbayang2 balik mimpi itu. Ya Allah....walaupun belum lagi melalui pengalaman tu, tapi kuat sungguh perasaan bahagia yang dirasakan. Perasaan dan naluri tu yang buat saya tetap bersabar dengan Nina cengeng walaupun saya buat-buat garang dengan dia. She's juz like my own daughter. Mimpi tu membolehkan saya merasai betapa bahagianya menjadi seorang ibu walaupun kerenah si kecil sangat2 la menduga kesabaran. [untung Nina dapat mummy mcm aku Sha...belum kawen pun dah ada naluri seorang ibu. Muahahhaa....ayat takleh blah :p]
Nak ikutkan rasa hati memang tak sabar menempuhi alam tu tapi...it's really no need to rush. Tiada perancangan yang lebih baik daripada perancangan Allah. Bersabar dan berdoa....semoga berkekalan kasih kami hingga ke syurga bersama permata hati tercinta. Amiiiin....

Anyway, to end this entry....I would like to complete the title sentence....

IT'S NOT EASY TO NURSE YOUR BESTEST BESTFRIEND CHILD!

Kenapa? 
Sebab korang tak boleh nak marah2 budak tu macam anak sendiri....nanti bestfriend kecik ati susah. Huhuhu....
[Sha....aku sayang Nina macam aku sayang ko tau. Jangan kecik ati kalau aku garang2 dgn dia. Aku kan mummy merangkap nanny dia :)) :p]







Thursday, April 1, 2010

Aku Join Mencari The Ranggi

Mari mencari harta karun (errkk....konsep macam harta karun...tapi ni mencari harta lanun sebab kawan saya ni lanun. Muahahahaa....)






Sesuatu yang menarik kan? Lain daripada yang lain. Nak join? Sila klik pada banner ini :


Photobucket




Hehe....baru nak fahamkan...lambat sket dapat tau :-"
 

Sunday, March 14, 2010

Ade aku kisah ke? Macam la aku nak kat ko pun

Aduiyaiii....letih betul ikut mama dan abah shopping kat Chow Kit tadi.
Mama kalau dapat shopping kat Chow Kit, seronok betul.
Saya dah la pakai slack putih tadi...hambik kau..
Dengan penuh sopan santun la I berjalan ye....takut seluar kotor.
Padan muke.
Ni sementara nak tunggu kakak amik mama abah kat hotel untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, saya mengadap la laptop ni jap.
Hehe....saya memang obses dengan dunia virtual :p

Oh ye....berbalik kepada tajuk.
Alkisahnya macam ni...
Saya, dan dua org adik kembar berjalan tepi satu kedai kat Chow Kit ni.
Memang nak masuk la kedai tu kan.
Tah laki giler mana tiba-tiba cakap macam ni,

"Huh!! Tiga-tiga tak lawa. Sorang pun aku tak berkenan!"
...dengan penuh emosinya dia berkata-kata....dan terus blah dari satu.

Masuk je kedai....saya dengan adik-adik ketawa terkekek2.

"Laki giler mana tadi tu? Tetiba je cakap macam tu. Macam la kita nak kat dia. Pandang pun tak..."

Kawan-kawan....itulah bandaraya metropolis Kuala Lumpur ye.
Macam-macam orang boleh dijumpai. Kat tengah-tengah khalayak pun leh jumpa orang gila.
Menunjukkan betapa dunia sekarang semakin mendesak.
Siapa yang mampu bertahan, merekalah survivor.
Tapi bagi siapa yang rapuh jiwa, Allah lebih mengetahui apa yang terjadi pada mereka
Semoga kita semua sentiasa diteguhkan iman dan akal dalam menghadapi dunia yang semakin hari semakin mencabar ni.
Amiiiin....

Monday, March 1, 2010

~ Weekend ~

Nothing much to say.


Cuma agak bergumbira di hari Ahad lepas sebab gi PD dgn geng2 sawan VF.
Walaupun ada sedikit terkilan.
Tapi yes!! yes!! Saya berjaya menolak tepi rasa kekok untuk bercakap dan bergurau dengan budak tu.
Namo bermusuh dengan sape2 :(


Last minute punye plan pun dapat kumpul 8 orang. Not bad huh?
Tapi Adza namo datang. Dia kata dia busy :-s
[ke awak ada kecik hati dgn saya sampai namo jumpa? Sorry eh awak kalau awak ada terasa dgn saye ke ape ke :( ]
Tak cukup korum.


Diorang naik banana boat tapi saya namo join.
Sampai Ngah tarik2 tapi sebab pinggang dan ke bawah saya berat [org cakap kaki saya lagi panjang dari badan. Haha...ye ke??], beliau give up sampai dia cakap, "Susah giler aku nak tarik budak ni. Ko ni montot berat ke Lang,". Muahahahaa....
Last2 saya duduk dalam boat amik gambar diorg je. Ekekeke....


Tak nak mandi la konon tapi last2 berendam sampai dagu jugak :))
Hambek ko!!
Nata ngan nurul la tarik :((
Dua lawan satu memang la ai kalah yu :p
Tapi tak aci Yanaki terselamat lagi semata2 sebab dia pakai long skirt. Chet!
Dulu "Pesta Tepung" dia selamat, kali ni dia selamat lagi :-w
Takpe2...next time...TIADA KOMPROMI >:)
Muahahahahaaaa.... >:) >:)


Err...ape lagi mo story eh...
Cukup la tu.


Letih tapi not bad.
Tiga kali melantak mihun goreng Nata.
Blueberry cheesecake Secret Recipe yang baru.
Tayar KJ itu pancit.
Macam-macam........


____________________ @}~~ ____________________

*** Saya tak tau kenapa akhir2 ni saya sangat outspoken. Atau saya memang macam tu? Maaf kalau ada sesiapa pernah terasa dgn saya. Saya tak pandai berpura2. Masyehhhh... ***

Friday, February 19, 2010

Lirik - Siapalah aku

Siapalah aku ini
yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurangnya berbeza

Biarlah...
Usahlah bermain dengan api
Kelak yang terbakar sendiri
Biarkan tersimpan segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku...


Lirik :: Menyesal (OST Tasbih Cinta)

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski di hati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia

Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu


Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign