Sunday, March 14, 2010

Ade aku kisah ke? Macam la aku nak kat ko pun

Aduiyaiii....letih betul ikut mama dan abah shopping kat Chow Kit tadi.
Mama kalau dapat shopping kat Chow Kit, seronok betul.
Saya dah la pakai slack putih tadi...hambik kau..
Dengan penuh sopan santun la I berjalan ye....takut seluar kotor.
Padan muke.
Ni sementara nak tunggu kakak amik mama abah kat hotel untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, saya mengadap la laptop ni jap.
Hehe....saya memang obses dengan dunia virtual :p

Oh ye....berbalik kepada tajuk.
Alkisahnya macam ni...
Saya, dan dua org adik kembar berjalan tepi satu kedai kat Chow Kit ni.
Memang nak masuk la kedai tu kan.
Tah laki giler mana tiba-tiba cakap macam ni,

"Huh!! Tiga-tiga tak lawa. Sorang pun aku tak berkenan!"
...dengan penuh emosinya dia berkata-kata....dan terus blah dari satu.

Masuk je kedai....saya dengan adik-adik ketawa terkekek2.

"Laki giler mana tadi tu? Tetiba je cakap macam tu. Macam la kita nak kat dia. Pandang pun tak..."

Kawan-kawan....itulah bandaraya metropolis Kuala Lumpur ye.
Macam-macam orang boleh dijumpai. Kat tengah-tengah khalayak pun leh jumpa orang gila.
Menunjukkan betapa dunia sekarang semakin mendesak.
Siapa yang mampu bertahan, merekalah survivor.
Tapi bagi siapa yang rapuh jiwa, Allah lebih mengetahui apa yang terjadi pada mereka
Semoga kita semua sentiasa diteguhkan iman dan akal dalam menghadapi dunia yang semakin hari semakin mencabar ni.
Amiiiin....

Related Posts:

  • Bila Tuhan menunjukkan kasihNyaDua minggu kebelakangan ini...pelbagai perkara telah terjadi dalam hidup saya. Manis, pahit, masam, tawar,...semuanya menjadi satu pengalaman yang sangat berharga.Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Diturunkan ujian kese… Read More
  • Lelaki dan Cinta???Seorang kawan mengirimkan ini melalui YM.Hurmm....betul ke tidak....jom kita semak :DLelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, berta… Read More
  • Adat berkabungSaya rasa saya bertuah sebab dapat merasai dua pengalaman berkabung yang berbeza dalam tempoh setahun.Tahun lepas, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan masa tu, Tuanku Jaafar, telah mangkat di Hospital Besar Seremban. Jenazah… Read More
  • Selipar putus?Pernahkah kamu berdepan dengan kejadian selipar putus masa sedang berjalan-jalan? Masa tu mana la nak dapat selipar lain dengan kadar segera kan. Tambah pulak kalau duit dalam poket pun cukup-cukup je dan tak mengizinkan beli… Read More
  • Bila orang perempuan bawak keteHari Sabtu, 21 November 2009.Lokasi : Telok Kemang, Port Dickson.Letih tul uruskan program ni hari ni. Tapi best, dapat naik speed boat jabatan. Hehehe....melambung2 kami dalam bot tadi. Risau gak kalau terlambung terus ke la… Read More

1 orang kaya kat sini:

Aujinz said...

ok laa tue..

memang konfem giler..
pernah jumpe orang..yang tak pasal pasal nak tendang orang..

walhal sebab lintas jalan jer pun..
dunia sudah giler

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign