Wednesday, December 16, 2009

Tag...atau survey?

Kalau kat frenster dulu, berlambak2 survey saya jawab. Tah dari mana mereka2 dapat pun saya tak tau.

Kat sini saya jumpa satu tag kat blog sape tah...curik je. Haha...

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?

Alhamdulillah...saya nak bawak satu family mengerjakan haji.

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?

Woww....seksi tang mana tu? Haha....

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?

Baik saya cari orang lain daripada buat keje bodoh tu :

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus?

Yang mengutuk tu bagus sangat ke? Heh....ade saye kesah :p

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluargalah?

Andai itu dapat menggembirakan mak ayah saya, saya terima dengan hati terbuka.

6. Kalau tiada lagi hari esok?


Sudah semestinya saya tidak berada di sini : banyak perkara yang perlu diselesaikan dan dicapai sebelum hari 'esok' itu

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?

Saya beralih gi tempat lain. Daripada saya mengutuk2 dalam hati, baik saya blah je..

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda-benda pelik?

Tak nak lah. Saya sayang perut saya. Muahahaa....

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?

Errr.....mungkin mereka ke kebun :D positip...positip.... (soalan ni yang tak lengkap okeh!)

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.

Tak ada yang diminati tahap maksimum pun :

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?

sape2 je yg terlibat dalam pembunuhan beramai2 masyarakat Islam satu dunia :-w

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?

yelah tu...

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?

Na'uzubillahi min dzalik :

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?

Free tak? Kalau free...saya nak makan banyak2...sedap2...hehe...

15.Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?

No komen :

16. Kalau anda memenangi anugerah, dan anugerah apa yang anda inginkan?

Anugerah pemilik syiling terbanyak. Huh...yelah tu. Yang terkumpul skrg ni pun dah buat saya sawan sebab takde space nak simpan. Tak sampai RM100 pun lagi tu :p

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?

Dia pandai makan belacan tak? Orang tempatan kan ramai je yang boleh diharap :-"

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?

Asalkan dia bahagia, saya turut bahagia :)
Klise sungguh jawapan ni. Hahaha.....

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?

Cemburu sebab dengki kan? Haruslah bangga sebab saya lebih baik dari mereka *gelak jahat*

20. Mengenai orang yang tag kamu ni?

Mana ada. Saya yang curik tag ni dari blog orang lain. Wakakakaa.....

21. Sekarang aku tag :

Aujinz
Abg Man
Fent
Hydo
Yanaki
Dik Cae
Mimi
Adza
Alim
Aiman
Sape2 je ah yang tgh baca ni dan ada blog.
Kalau kamu rajin....buat je la...

1 orang kaya kat sini:

Cipina said...

yanaaaaaa....template ni lawoooo..nk jugak:((:((

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign