Tuesday, December 22, 2009

Istikharah - bukan sekadar untuk mencari jodoh

Pagi ni...sambil-sambil saya menggosok baju untuk ke pejabat, fikiran saya memulakan aktiviti 'bersiar-siar' mengambil udara pagi. Akhirnya fikiran saya terhenti pada satu isu - ISTIKHARAH. Fahami permasalahan yang saya kemukakan di bawah ini :

Contoh perbualan (1) :

"Saya konfius ni...tak tau nak amik kereta mana satu. Kereta A memang ada economic value...tapi saya lebih suka kereta B,"

"Then, buat la istikharah...pilih kereta yang terbaik,"

"Tak habis2 dengan istikharah awak ni,"



Contoh perbualan (2) :

"Tak tau la....kalau tak resign nanti takut dah tak dapat offer kerja lain lepas habis kontrak. Kalau terima offer keje baru ni, takut tak kena dengan jiwa lak,"

"Buat istikharah...ikut kata hati,"

Contoh perbualan (3) :

"Saya dah bincang dengan husband saya, tapi tak tau lagi nak beli ke tak rumah tu. Rumah yang kitorg tengok hari tu pun ok jugak,"


Lazimnya kita mengaitkan istikharah dengan soal jodoh. Sedangkan apa yang perlu kita fahami ialah istikharah itu merupakan salah satu usaha dalam mendapatkan bantuan petunjuk daripada Allah sebelum sesuatu keputusan diambil. Banyak hal dalam dunia ni yang kita kata "tak tau" dan kita sentiasa berdoa supaya diberikan petunjuk, taufik dan hidayah, tapi kenapa kita memperlekehkan solat sunat istikharah bagi urusan2 itu?

Bayangkan perkara ini:

1) Kereta yang baru anda beli mengalami masalah pada mana2 body parts atau pun masalah2 daripada sudut yang lain.

2) Kerja baru anda tidak seperti yang anda sangkakan. Syarikat tiba2 mengalami masalah sehingga gaji anda tersekat2...dan paling teruk jika syarikat tersebut terus tidak dapat diselamatkan.

3) Rumah baru anda mengalami masalah dari segi struktur binaannya....bahan binaan berkualiti rendah, ancaman banjir, retak, dsb.

Bila tiba masalah2 ini, anda rasa apa yang akan keluar daripada mulut orang yang mengalaminya? --> "KALAU AKU TAU......"

Jadi....salahkah kita mengikhtiarkan solat sunat istikharah dalam urusan seharian kita? Istikharah bukan sekadar untuk urusan jodoh sahaja, tetapi meliputi semua ruang lingkup kehidupan kita yang sentiasa ada pasang surutnya.

Fikirlah sendiri.


p/s :: Kadang2 geram bila orang fikir istikharah tak sesuai dilakukan untuk urusan lain selain daripada jodoh. Tah hape2 laaa......

2 orang kaya kat sini:

Aujinz said...

ha'ah..

ntah hape hape laa...
ahaks..;))

Cik Yana said...

tu lah kan abg ayu..

tah hape2 la.... :))

abg ayu bila nak kawen ni? :">

calon dah ade?

sumandak2 RCK takde sorg ke yang berkenan?

ngeee...~~ out of topic jap x_x

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign