This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, December 28, 2009

Anda gemar Sushi King?

Saya dapat email ni melalui YahooGroups Cip Kodok (Afdlin Shauki). Anda boleh percayakan email ini kerana nombor telefonnya adalah benar dan tidak ada penipuan di sini :)


Dear Mohd Shaffiq,


Thank you for your enquiry.


Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.


Following are products that contains Mirin:



1. Unagi Kabayaki

2. Unagi Slice

3. Karei Nitsuke

4. Saba Misoni

5. Mamakari

6. Ikura



On top of that, some of our restaurants do sell beer.



However, our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal Certified source.



Hope this answers your question.


Thank you.



Wishing you a Happy New Year 2010!

May you have a great day ahead!



Warmest Regards,

Marilyn Lim

Marketing Department

Sushi Kin Sdn. Bhd.

Tel: 03-56319060 Ext 283

Fax: 03-56325200



p/s :: Macam mana saya tau nombor telefon tu betul? Sebab 'dia' salah sorang staf kat ofis Sushi King x_x. Jadi sila la percaya. Muahaha....oh ye, sila berhati-hati juga. Mungkin lebih baik anda catatkan senarai makanan yang tidak halal tersebut dan bawa ke mana2 sahaja sebagai persediaan. Mencegah kan lebih baik.... :D

Wednesday, December 23, 2009

Ketika Cinta Bertasbih



Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta


p/s :: Terima kasih buat kamu2 yang telah menceriakan hari2 saya.
Sayang kamu semua :*

Tuesday, December 22, 2009

Istikharah - bukan sekadar untuk mencari jodoh

Pagi ni...sambil-sambil saya menggosok baju untuk ke pejabat, fikiran saya memulakan aktiviti 'bersiar-siar' mengambil udara pagi. Akhirnya fikiran saya terhenti pada satu isu - ISTIKHARAH. Fahami permasalahan yang saya kemukakan di bawah ini :

Contoh perbualan (1) :

"Saya konfius ni...tak tau nak amik kereta mana satu. Kereta A memang ada economic value...tapi saya lebih suka kereta B,"

"Then, buat la istikharah...pilih kereta yang terbaik,"

"Tak habis2 dengan istikharah awak ni,"


Monday, December 21, 2009

Hadiah daripada CIMB


Awal Muharram tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Saya macam biasa la....kalau dapat long weekend memang tak lepas peluang balik JB. Hehe....kebetulan pulak Dik Cae mo ke JB...dia ajak tumpang sekali (maseh dik cayang) :">

Sampai2 je kat bilik, saya nampak ada satu bungkusan atas katil...



'EXTREMELY URGENT' la sangat [-(


Sunday, December 20, 2009

Bila Tuhan menunjukkan kasihNya

Dua minggu kebelakangan ini...pelbagai perkara telah terjadi dalam hidup saya. Manis, pahit, masam, tawar,...semuanya menjadi satu pengalaman yang sangat berharga.

Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Diturunkan ujian kesenangan dan kesusahan sebagai tanda kita tidak pernah dilupakan (tapi berapa kerapkah kita melupakanNya?)

Syukur alhamdulillah...Allah menganugerahkan kepada saya teman2 yang berbudi dan baik pekerti, yang tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa mengambil berat, dan mereka yang kasih dan cintakan saya. Sungguh bukan itu yang saya pinta, tetapi rahmat Tuhan siapa yang dapat menjangka.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada mana2 pihak yang telah saya sakiti hatinya. Saya hanyalah manusia biasa yang sentiasa terkhilaf di mana2. Kegagalan saya mengawal diri sendiri mungkin telah mendatangkan masalah di pihak kamu.

Sesungguhnya Allah sedang menguji saya dengan limpahan kasih sayang sesama manusia. Keampunan Tuhan jua yang saya harapkan kiranya telah menjadi hambaNya yang lalai dan leka...dan kiranya telah mengagungkan cinta hamba melebihi cinta saya kepadaNya. Saya memohon keampunanNya.



*notatangan : Saya sayangkan kamu semua, wahai teman :)

Lokasi : Dalam bas menuju Melaka

Wednesday, December 16, 2009

Tag...atau survey?

Kalau kat frenster dulu, berlambak2 survey saya jawab. Tah dari mana mereka2 dapat pun saya tak tau.

Kat sini saya jumpa satu tag kat blog sape tah...curik je. Haha...

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?

Alhamdulillah...saya nak bawak satu family mengerjakan haji.

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?

Woww....seksi tang mana tu? Haha....

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?

Baik saya cari orang lain daripada buat keje bodoh tu :

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus?

Yang mengutuk tu bagus sangat ke? Heh....ade saye kesah :p

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluargalah?

Andai itu dapat menggembirakan mak ayah saya, saya terima dengan hati terbuka.

6. Kalau tiada lagi hari esok?

Tuesday, December 15, 2009

Sekuntum bunga itu...

Sekuntum bunga itu
Mekarnya terjaga, akarnya satu
Teguh ia di situ
Menyerlah seri ke mata bayu

Dan tika badai melanda
Mahupun terik yang menduga
Mendung yang mengirimkan duka
Jua cerah yang menghadirkan ceria

Sekuntum bunga itu
Biarkan saja ia di situ
Terus teguh dengan akarnya
Menyapa lambaian sang bayu
Sehingga tibanya saat ketika
Ia pergi menuju Yang Satu.

@}-'--

Friday, December 11, 2009

RCK ke Labuan ~ Selesai

Alhamdulillah....selesai dah misi paranormal VF Underground ke Labuan bersama team RCK yang lain ~ Dik Cae, Abg Aujinz, Hyd, Abg Man, Abg Sar, Pokkun, Nata, Kak Ari, Kak Syahnie, Kak Ally, Van, Oyin, dan Shure.

Satu pengalaman yang menyeronokkan. Apa yang pasti, saya sangat rindukan mereka dan suasana bersama mereka semasa di Labuan dan KK.

Selamat Pengantin Baru buat Hotman_rabbit aka Mohd Razi dan pasangan, Siti Aminah. Semoga berkekalan bahagia bersama anak-anak yang soleh dan solehah sehingga ke akhir hayat. Amiiin...

Terima kasih tak terhingga kepada penganjur. Jasamu dikenang. Kakak sayang sangat kat kamu. Semoga terus dimurahkan rezeki dan diberkati hidup kamu. Amiiin...

Sebahagian gambar-gambar yang saya sempat upload. Gambar-gambar lain ada kat sini dan sini

Kesawanan menunggu flight ke Labuan




Tak tau apa nama adat dan tujuan keliling payung ni kat Labuan


Senja di Labuan


Abg Ayu (Aujinz) leka tengok Abg Sar test kamera :p


Hakhak....ni pulak Kak Ari yang chumill :x


Abg Ayu yang kacak :"> err....bak sini upah memuji lima puluh hengget :p


Flowergirl yang dapat perhatian lebih daripada pengantin :x :x :x


Untuk kisah-kisah yang berkaitan, sila rujuk di sini ye (^_^)

Thursday, December 3, 2009

Buat peserta2 RCK VF Underground

Haha....saye tahu kamu...kamu...dan kamu...tak sabar2 nak sampai Labuan kan.

Erm....memandangkan saye tengah takde keje, maka saye meluangkan masa untuk upload gambar2 ni buat tatapan kamu semua sebagai persediaan sebelum ke sana.

Sape2 ada kamera, jgn lupa bawak charger sekali ye. Saya pasti akan banyak gambar yang bakal dicapture.

Semoga kita semua selamat pergi dan selamat kembali...semoga niat baik kita ke sana (mengunjungi saudara seagama) diberkati olehNya. Insya Allah...


Kad jemputan Hotman_Rabbit


Lokasi majlis


Jarak dari Waterfront ke lokasi majlis


Pemandangan Waterfront dari atas..hehe..


Pemandangan di Waterfront Labuan


Rasa macam mo berendam dalam ni :p





Sekian terima kasih. Muahaha....

Monday, November 23, 2009

Bila orang perempuan bawak kete

Hari Sabtu, 21 November 2009.
Lokasi : Telok Kemang, Port Dickson.

Letih tul uruskan program ni hari ni. Tapi best, dapat naik speed boat jabatan. Hehehe....melambung2 kami dalam bot tadi. Risau gak kalau terlambung terus ke laut :-ss

So...lepas habis majlis, lepas puas naik bot laju sampai sempadan Melaka, saye pun melepakkan diri kat sofa. Rasanya kalau bawak towel time tu jugak saye mandi. Rimas! Tiba2 tepon bunyi...

Shida : Hid, ktorg dah sampai kat Hotel Mesra ni.
Saye : Oh...ok. Tunggu jap ek. Aku takde kat situ. Jap lagi aku sampai.

Lepas tu saye buat muka kesian kat En. Khair mintak tolong dia hantarkan saya ke Hotel Mesra yang kalau saya jalan kaki 15 minit pun dah sampai (termasuk masa yang diambil untuk melintas jalan).

Lepas load barang kat kete Shida, kami pun bertolak menuju ke highway JB-KL...tak sabarnya nak sampai JB. Rimas tul pakai baju korporat ni lama2. Hurmm....

...Semasa dalam perjalanan...



Dalam kete...biasa la, bila jumpa kawan2 lama, masing2 dok sakan gelak teringatkan memori zaman sekolah dulu. Budak2 asrama kan nakal2....haha...(ehemm....tapi saya budak baik :"> ok2...saya budak skema dulu :-" )

Lebih kurang 20 minit kemudian...

Pae : (*dengan nada macam sure tak sure je*) Eh....korang...kenapa signboard ni...nak ke RnR Seremban? (sambil menunjuk ke luar tingkap)

Shida dengan Nad yang tengah memandu pada kelajuan 140km/j tu dah pandang2 tepi jalan.

Shida : Eh...a ah la. Weh...kita nak pegi KL balik ni!!
Pae : Patut la aku rasa jalan ni macam aku selalu lalu time nak balik KL! Rupanya kita ke KL balik. Aku dah agak dah mesti ada simpang nak ke JB (gelak lagi)
Nad : *Gelak tak hengat punya* Nasib baik ko perasan Pae. Kalau tak...dah sampai Sg. Besi baru perasan.
Saye : Aku memang tak nampak signboard kat sebelah sini. Hehe....
Nad : Ni sebab amik Hid kat PD la ni...kena pusing balik
Saye : Haha....korang ni macam2 la. Takpe, nanti exit kat Nilai, U turn balik.


Aduiyaiii....

Moralnya, sembang sembang jugak...tak salah gelak2 sambil mengimbau kenangan lama. Tapi sila awasi perjalanan anda. Huhuhu....

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign