This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, May 28, 2011

Ehemmm....ehemmm...

Haiii.....

Hehehe....lamanya la hai tinggalkan blog ni. Yelah kan, saya ni bukan blogger tegar. Bila ada rasa nak berceloteh, ada la entri baru. Kalau tak, faham-faham je la ye  .

Memandangkan saya baru je tukar template baru, habis ke laut semua widget. Ni pun tengah godek-godek setting sambil memikirkan idea untuk entri baru. Hikhik....

Nak share dua gambar dengan pembaca semua. Tak tau la pulak sama ada penyu ni terlatih atau pun dia memang tergerak hati nak datang kat situ. Tapi rasanya orang Tupperware patut bagi makanan lebih kat si penyu ni. Kenapa? Haaa.....tengok gambar kat bawah ni.


On the way...on the wayyy.....
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAA!!!!
 Haa...tengokkkk. Elok dah sama kaler dgn Tupperware tu.
Dia buat iklan lak. Hikhik....

(Tupperware ni dalam akuarium tu tau. Dalam bekas tu ada makanan)


Gambar diambil kat Aquaria KLCC. Boleh la pegi sana ye kalau nak jumpa penyu ni  

Friday, January 21, 2011

Homemade Marshmallow

Siapa suka makan marshmallow?

Kadang-kadang kita tak pasti sama ada marshmallow yang ada dijual kat kedai-kedai tu halal ke tidak. Saya ni dah la termasuk dalam kategori gila makan marshmallow [okeh, tak gila. Mungkin addicted kot? Haha..]

Google punya google resepi marshmallow, jumpa satu website oversea ni. Lepas baca review satu persatu, 90%  review cakap resepi tu mudah dan sedap. Ape lagi.....otak ni dah mula ligat scan bahan-bahan yang ade kat rumah.

Tak nak cakap banyak. Jom kita masuk dapur :)

~*~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**


Tak susah pun nak buat. Kalau ikutkan 1 jam je boleh siap, tapi sebab semalam ada sikit kesilapan teknikal masa nak adun bahan2, maka terlajak la sampai 2 jam. Huhu....tak pasal2 je.

Basically, I used the recipe taken from 
http://allrecipes.com/Recipe/Emilys-Famous-Marshmallows/Detail.aspx. I went through all the reviews first to get some rough ideas about the process. 

So here is the original one :

Ingredients
  • 1 cup confectioners' sugar for dusting
  • 2 cups white sugar
  • 1 tablespoon light corn syrup/liquid glucose
  • 1 1/4 cups water, divided
  • 4 tablespoons unflavored gelatin
  • 2 egg whites
  • 1 teaspoon vanilla extract
Directions
  1. Dust a 9x9 inch square dish generously with confectioners' sugar.
  2. In a small saucepan over medium-high heat, stir together white sugar, corn syrup and 3/4 cup water. Heat to 250 to 265 degrees F (121 to 129 degrees C), or until a small amount of syrup dropped into cold water forms a rigid ball.
  3. While syrup is heating, place remaining water in a metal bowl and sprinkle gelatin over the surface. Place bowl over simmering water until gelatin has dissolved completely. Keep in a warm place until syrup has come to temperature. Remove syrup from heat and whisk gelatin mixture into hot syrup. Set aside.
  4. In a separate bowl, whip egg whites to soft peaks. Continue to beat, pouring syrup mixture into egg whites in a thin stream, until the egg whites are very stiff. Stir in vanilla. Spread evenly in prepared pan and let rest 8 hours or overnight before cutting.
Note :  I'd like to suggest you to use large saucepan instead of the small one, because your syrup+gelatine mixture might "explode". Well....mine didn't, but that's what they tell you in the reviews.

Dan ini adalah versi bahasa melayu yang dah ditranslate :

Bahan-bahannya 
1 cawan gula confectionary,untuk dusting
2 cawan gula
1 sudu besar sirap jagung ,--tuko ngan golden syrup je,,
3/4 cawan air utk masak gula
3/4 cawan air utk larutkan gelatin
4 sudu besar gelatin tiada perasa [~25-30gm. Satu peket gelatin Halagel = 21g)
2 biji putih telur 
1 sudu teh esen vanilla 


Cara-caranya 
• Ayak loyang 9 x 9 inci dengan gula confectionary. Ayak biar semua serata dan tebal. 
• Dalam periuk dengan api sederhana, campurkan gula, sirap jagung dan 3/4 cawan air. Masak sehingga suhu 250 - 265 darjah C, atau sehingga sirap bila jatuh ia bebentuk bulat. 
• Sementara sirap masih dimasak, air lebihan tuang kedalam mangkuk besi dan tabur gelatin. Letakkan mangkuk diatas air yang mendidih (double boil) sehingga serbuk gelatin larut. 
• Angkat periuk sirap dari atas api dan masukkan adunan gelatin dan gaul sebati. Ketepikan. 
• Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga pekat dan kental. Sambil memukul masukkan sirap sedikit demi sedikit sehingga adunan putih telur menjadi likat dan kental. 
• Masukkan esen vanilla dan tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan ia selama 8 jam [suhu bilik] atau semalaman sebelum memotong marshmallows mengikut citarasa anda.
Marshmallow yang menunggu masa untuk dipotong. (Sila abaikan sudut kiri. Tu belen2 dalam bekas yang dah mula mengeras sebelum dituang masuk dalam loyang)

Marshmallow yang dah siap dipotong, dipakaikan baju (salut dengan tepung jagung) dan sedia untuk dimakan. (Hehehe...potong bentuk kiub je. Tak rajin nak selongkar acuan-acuan biskut dalam almari)



Nota [berdasarkan pengalaman saya] :
  1. Saya kurangkan jumlah gula sebab rasa mcm banyak sangat. Saya tak suka manis.
  2. Golden syrup tu saya ganti dengan liquid glucose. Ada dijual kat kedai barang bakery.
  3. Saya tak ayak loyang dengan gula confectionary. Saya gris loyang dengan shortening (lemak sayuran) yang memang ada kat rumah. Kalau guna minyak masak pun boleh. Asalkan dia tak lekat kat loyang.
  4. Masukkan sirap ke dalam putih telur yang sedang dipukul tu sedikit demi sedikit SEBAB saya masuk semua sekali baru pukul dengan stand mixer. Haaa....kat sini la punca lambat sebab gula tu jadi keras dan berkeping kat dasar. Tak pasal2 sambil putar tu sambil ketuk2 sebab nak hancurkan gula. Dan tak pasal2 jugak tangan bersalut adunan yang likat, belengas, melekit tu sebab nak keluarkan baki gula yang tak hancur. [Tapi saya sarankan kurangkan jumlah gula sebab marshmallow saya masih manis walapun banyak jugak kepingan gula tak hancur dah dikeluarkan.]
  5. First try, marshmallow saya agak terlebih lembut dan kurang kenyal. Tak tau kat mana silapnya, tapi saya syak larutan gula saya tak cukup likat. Atau mungkin air untuk larutkan gelatin tu boleh dikurangkan sikit. Saya masih perlu bereksperimen kat sini.
  6. Tapi 2nd try, saya pukul adunan tu lebih lama sikit sampai dia betul2 likat [likat dia tu agak2 macam kalau korang masukkan dalam loyang, dia tak terus ambik bentuk acuan melainkan korang kena ketuk2 dulu]
  7. Elok jugak kalau korang rasa dulu adunan korang tu dah cukup manis ke belum.
  8. Tapi pape pun, rasa masih awesome dan macam marshmallow beli tu jugak. Hehe....selamat mencuba! ;)

[Bila dah terer buat marshmallow ni boleh la buat marshmallow fondant lak. Conventional fondant manis sangat laaa....]

Coklat untuk Hantaran

Alahaiii....bukan main bersawang lagi blog ni. Kononnya hari tu nak update pasal hukum menuntut semula hutang yang dah dihalalkan, tapi bulan lepas sangaaaaaaaaat la kelam kabut menguruskan majlis. Bila balik KL tak bawak pulak buku tu sekali.

Jadi...memandangkan mood mengapdet tengah meluap-luap ni, rasa macam nak upload gambar coklat yang baru disiapkan pagi tadi. Kawan kakak tempah untuk hantaran pertunangan sape tah. Hihihi.....baeklah...

.....tadaaaaaaa!!!

35 biji praline dengan kacang badam
Ade satu lagi tempahan, tapi belum siap. Lebih kurang macam ni jugak la. Bisnes kecik-kecik je ni, tapi kalau ada yang berminat nak tempah untuk bagi orang tersayang ke, special event ke, silakannnnn......

Untuk gambar-gambar yang lain, boleh pergi jenguk kat http://chokollis.blogspot.com [ini pun dah berhabuk dah. Adoiyaiii.....].

Jom makan coklat!

Wednesday, November 3, 2010

Mintak tolong vote si comel ni

Kawan-kawan, tadi secara rasminya saya dah mendaftarkan anak sedara saya ni join Cutest Kid contest kat FB. Hehe.....1st prize dapat voucher Jusco RM500. Kalau menang boleh la Syifa dapat baju baru masa birthday nanti.

Jadi....minta tolong kawan-kawan tolong vote ye. Cara-cara nak vote :

Langkah 1 : Kena ada acc Facebook dulu
Langkah 2 : Sila like page http://www.facebook.com/Funtora
Langkah 3 : Sila klik link ni http://www.facebook.com/photo.php?fbid=449958396675&set=a.449596261675.241015.288045316675 dan 'like' gambar Nur Syifa Humaira binti Kamarul Arifin. Gambar dia ada kat dalam album no 4.

Langkah 4 : Mintak jasa baik kawan-kawan semua sebarkan kat bloggers lain ek. Mekasih....jasamu dikenang. Muahmuah!

Vote budak kecik ni kat sini

Ni la gambar yang saya pertandingkan :

Tuesday, October 26, 2010

Wah......dah berhabuk!

[***Hachuuuummmm!!***]

Assalamu'alaikum....selamat pagi/petang/malam kawan2 semua.

Aiyooo....lama sungguh la blog ni terbiar. Berhabuk dah ha. Sejak abes raya memang agak sibuk sikit [sibuk la sangat]. Masuk kerja pun berapa minggu je pastu balik JB semula sebab parents buat kenduri gi haji, pastu minggu depannya menghantar parents ke airport. Sekarang ni masih berada di JB sebab adik dua org tu tak geti-geti nak ponteng skolah lepas abes PMR. Haha....den la terpakso poie hantar dan amik diorg. Takpo....mak ayah dah serah tanggungjawab, hati kono ikhlas. Yo tak?

So....bermastautinlah saye barang seketika di bumi JB ni, menguruskan rumah [ala2 surirumah sepenuh masa gitu. Kekekeke....] dan memastikan kebajikan adik2 terjaga . Tapi yelah, sedikit sebanyak ada jugak terculas kat mana-mana. Saya cuma anggap pengalaman ni sebagai satu latihan sebelum saya bertukar title sebagai seorang isteri nanti

Sebenarnya ade jugak niat nak mengupdate blog ni. Tapi maaflah, kadang2 saya tertido terus depan laptop. Hehe....insya Allah, dalam masa terdekat ni saya akan postkan tentang isu kewangan yang saya amik daripada sebuah buku. Mungkin ada tempiasnya buat kita [kot].

So.....see you later, k

Friday, September 10, 2010

Permainan zaman budak masa kat kampung dulu

Kecik-kecik dulu, setiap kali raya mesti tak sabar nak balik kampung abah. Tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu je sebenarnya. Oh...dan duit raya jugak. Hehe....

Masa kecik-kecik dulu, cousin2 yang umur lebih kurang ramai la jugak. Boleh set up satu team rounders, main baling selipar, musang kejar ayam, main masak-masak [real punya guna api dan tin terbuang, siap petik paku pakis dgn kutip biji sawit. Belum campur rembat telur ayam kampung kat dapur].

Ni bila raya ni...teringat balik. Antaranya :
Konda-kondi. Tak pernah berjaya tangkap pun okeh
Main baling selipar. Semput seh main ni berlari punya pasal. Kalau dapat robohkan selipar ni rasa sangat best. Tapi kalau kena lempar kat badan....aduiyaiiii, sakit ooo....
Haa....ni lagi satu. Berebut-rebut nak main. Masa tu hujung kaki cukup2 je cecah tanah. Nyaris terbalik dalam parit. Huhu...


Kapal terbang kertas. Buat menyepahkan laman je.

Ceper. Dulu terer main ni. Hehe

Main masak-masak....rebus paku pakis, rebus telur ayam, panggang buah kelapa sawit. Lepas tu kena marah sebab main api. Masa tu cousin lelaki pun join sekaki. [Gambar hiasan]

Memandangkan keliling pun kelapa sawit, pokok ni pun jadi mangsa. Dulu badan ringan kan. Seronok je kitorg bergayut kat daun sawit ni.

Haa....itu je la yang sempat teringat dan terupload. Gambar mercun-mercun, bunga api semua tu kalau rajin buat entri lain lah. Hehe....sepupu-sepupuku, korang ingat lagi ke tak semua ni?

Sumber gambar-gambar :
http://www.mysembang.net/v10/index.php/topic,3531.165.html
http://resam-melayu.com/2009/12/permainan-tradisional-melayu-konda-kondi.html
http://malawati.blogspot.com
http://nurhifzan.blogspot.com

Tak semua yang kelihatan bahagia itu adalah bahagia juga buatmu

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Tak siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami tiada ku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas kupendam kuputuskan
Biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Semalam masa bersihkan habuk-habuk kat jambangan bunga tu, tetiba teringat lagu ni. Rasa macam terkena diri sendiri pun ade. Hehe....maka dengan itu, saya tujukan lagu ini kepada sesiapa je yang mungkin terasa 

Sempena raya ni, saya memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah terkena panahan pedang lidah saya, yang pernah terasa dan terkecik hati dengan saya, mana yang terumpat terkata, sengaja atau tidak. Halalkan semua yang terambik terguna terpakai terbuang dsb. Sesungguhnya saya hanya insan biasa yang kadang-kadang tak sedar dengan kesilapan sendiri.

Saya juga memaafkan segala umpat, keji, caci, hina dan sangka buruk orang lain terhadap saya, dan saya halalkan mana-mana yang teramik tanpa saya sedar. Semoga kita semua berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Choww! Eh, silap. Assalamu'alaikum




p/s :: Tapi tah kenapa rasa berat sungguh hati ni nak memaafkan cik adik sorang tu. Haihh.....ko datang mintak maaf kat aku cepat. Rasa tak selesa lak simpan dendam kat ko lama-lama ni. Takut tersumpah tujuh keturunan kang. Kehkehkeh....

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign