Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Tak siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami tiada ku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas kupendam kuputuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
Semalam masa bersihkan habuk-habuk kat jambangan bunga tu, tetiba teringat lagu ni. Rasa macam terkena diri sendiri pun ade. Hehe....maka dengan itu, saya tujukan lagu ini kepada sesiapa je yang mungkin terasa
Sempena raya ni, saya memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah terkena panahan pedang lidah saya, yang pernah terasa dan terkecik hati dengan saya, mana yang terumpat terkata, sengaja atau tidak. Halalkan semua yang terambik terguna terpakai terbuang dsb. Sesungguhnya saya hanya insan biasa yang kadang-kadang tak sedar dengan kesilapan sendiri.
Saya juga memaafkan segala umpat, keji, caci, hina dan sangka buruk orang lain terhadap saya, dan saya halalkan mana-mana yang teramik tanpa saya sedar. Semoga kita semua berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Choww! Eh, silap. Assalamu'alaikum
p/s :: Tapi tah kenapa rasa berat sungguh hati ni nak memaafkan cik adik sorang tu. Haihh.....ko datang mintak maaf kat aku cepat. Rasa tak selesa lak simpan dendam kat ko lama-lama ni. Takut tersumpah tujuh keturunan kang. Kehkehkeh....

0 orang kaya kat sini:
Post a Comment