Tuesday, February 2, 2010

Seringgit pun cukup

Waktu kejadian : Suatu petang...hampir 19 tahun dahulu
Lokasi : Rumah kuarters No. 6 Tingkat 3 kat Tmn Bakti, JB


"Kling...kling...kling...,"

Bunyi loceng si penjual aiskrim.
Seorang budak perempuan berusia 6 tahun tiba-tiba rasa teringin nak makan aiskrim. Tapi dia bukannya ada duit pun. Nak harapkan duit raya...habis je raya terus masuk bank.

Jadi dia pun masuk la bilik mak dia. Pandai pulak tu nak cari duit kat mana. Dibeleknya not warna biru dengan hijau yang berkeping-keping dalam wallet kecik tu, tak tau nak amik mana satu. Akhirnya not warna hijau jugak dia amik. Bergegas dia buka pintu dan meluru turun tangga untuk mintak aiskrim berbayar kat pakcik tu. Dalam banyak-banyak aiskrim...aiskrim kon jugak dia berkenan. Duit bertukar tangan...lalu aiskrim itu dinikmati sehingga ke titisan yang terakhir.

Bila mak dia balik dari kerja, mak dia panggil masuk bilik.

"Tadi beli aiskrim tu guna duit berapa ringgit?"

Si anak ni pun menunjuk kat not warna hijau.

Si ibu yang duduk kat katil pun berkata,

"Lain kali...amik yang warna biru ni. Seringgit pun cukup buat beli aiskrim,".

============================ @}'~~~ ===============================

Otak budak kecik umur 6 tahun....belum disumbat dengan banyak hal2 dunia.
Sampai sekarang saya ingat peristiwa ni.
Peristiwa yang mengajar saya bahawa seringgit juga besar nilainya.
Tapi saya rasa macam pelik la pulak...
Sape yang ada kat rumah masa tu sampai saya selamba je keluar rumah sorang2???
Beli aiskrim buat makan sorang lak tu.
[Huh....dari kecik ko kedekut dengan adik2 ye yana]

2 orang kaya kat sini:

Cae said...

nakal betul budak tu. meh nak babab :))

Cik Yana said...

nama pun budak kan. haha... :))

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign