Tuesday, February 9, 2010

Al fatihah dan doa buatmu, Raisudin Mohd Alias


Petang semalam, dalam keadaan saya tengah agak 'moody' disebabkan hal-hal berkaitan kerja, saya mendapat notifications daripada Facebook. Seseorang telah memberikan komen yang cukup mengejutkan pada salah satu gambar yang mana saya turut di'tag' bersama.


Jantung saya terasa berdebar. Serta merta saya teringatkan Raisudin Loner di dalam senarai rakan-rakan Facebook saya. Terus saya melihat profil beliau dan tepat seperti jangkaan saya Allahyarham adalah orang yang dimaksudkan. Saya tahu dia adalah salah seorang rakan maya saya di VF tapi saya tak pasti siapa. Selepas bertanyakan kepada Dik Cae dan beliau memberitahu bahawa Raisudin adalah pemilik nickname Dinosuper di VF, hati saya terasa pecah. Dinosuper...saya dah lama tak bergurau dengan dia :(
Pelbagai soalan muncul. Betul ke berita ni? Sahih ke? Kenapa dia meninggal secara tiba-tiba? Sakit? Accident? Baru Jumaat yang lepas saya tengok wall post dia...mintak pendapat tentang kereta. Saya tau dia nak beli kereta. Tapi masa tu saya online menggunakan henfon jadi aktiviti online saya agak terbatas. Saya tak meninggalkan komen walaupun saya nak buat macam tu. Saya terkilan.
Tengah malam tadi baru kami...rakan-rakan maya Allahyarham mendapat pengesahan tentang 'bagaimana arwah pergi'. Mengalir air mata sewaktu membaca komen sahabat allahyarham :



Allahyarham seorang yang baik....dan selalu memberikan nasihat-nasihat melalui stateboard di VF (konsep sama seperti Wall di Facebook). Saya rapat dengan allahyarham semasa bulan puasa tahun lepas. Saya selalu kacau stateboard dia, dia selalu kacau stateboard saya. Kami bergurau seperti sudah lama kenal...seperti sebuah keluarga walaupun hakikatnya tak pernah bersua muka. Merepek yang bukan-bukan. Namun Allahyarham seorang yang sentiasa menyenangkan dan merendah diri. Pemergiannya secara tiba-tiba cukup membuatkan saya terasa kehilangan.
Apa pun...saya bersyukur, Allah memanggilnya kembali dalam usia yang muda. Allah selamatkan dia daripada fitnah dunia yang lebih besar. Allah memanggilnya kembali dalam keadaan yang sempurna dan tenang.



[Gambar diambil daripada Facebook Allahyarham]


Dino...Raisudin...saya gembira kerana sempat mengenali seorang insan yang berhati mulia seperti kamu. Terima kasih kerana meninggalkan kenangan yang manis di dalam hidup saya walaupun sedikit cuma. Semoga roh kamu tenang di sana sahabat. Semoga Allah menempatkan kamu di kalangan orang-orang beriman. Amiiin.

Al fatihah.
Raisudin Mohd Alias
25 Nov 1986 - 8 Feb 2010

~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*
[Sesungguhnya daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali]

1 orang kaya kat sini:

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign