This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, July 10, 2014

Siapa nak join dan buat bisnes Shaklee?

PERHATIAN! PERHATIAN!

Saya mencari business partner.
Ada 4 tempat kosong untuk diisi.

Kenapa business partner?
Sebab saya juga baru bermula.
Saya nak kita belajar, cari gali ilmu dan bina kejayaan bersama2.
Buat sorang2 memang rasa letih sikit kan?

Ada sesiapa berminat nak jana pendapatan bersama Shaklee?
Alhamdulillah bonus pertama saya berjaya cecah 3 angka. Saya percaya anda juga mampu! 

Syarat2nya :

 Ada kesungguhan dan keazaman.
 Berani keluar daripada comfort zone.
 Sanggup ketepikan rasa malu untuk belajar dan bermula dari bawah.
 Boleh menerima nasihat dan teguran.
 Tidak mudah putus asa.

Jom mulakan sekarang!
EMPAT KEKOSONGAN JE TAU! SIAPA LAMBAT DIA RUGI ~~
Lagi lama anda tunggu, lagi jauh peluang meninggalkan anda.
Betul tak? 

Takut tak ada masa sebab bekerja sepenuh masa?
JANGAN RISAU! Saya juga pekerja sepenuh masa.

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI!
Group kita memang supporting habis! Memang best! Sangat membantu! 
(Hamek semua pun aku letak tanda seru. HAHA!)

Jom mulakan langkah anda, walau sekecil mana sekalipun.
Bertatih2 dahulu, berlari2 mcm pelari pecut dunia kemudian. Hehehehe.....

Yana (ID 1151261)
SMS/Whatsapp : 012-7310956
Email : aurelia_mjsc85@yahoo.com

Produk terlarissssss macam pisang goreng panas!!



Wah gitu.



Haaa....ni nak cerita la kan. Tiga serangkai ni memang produk yang paling banyak permintaan, kadang-kadang sampai sold out. Ramai sangat peminatnya ni.




Kenapa ye? Best sangat ke?

Bagi yana yang tak suka minum susu ni, sedap la jugak rasa dia. Pulak tu bulan puasa ni, lepas sahur minum ESP+Performance Drink. Alhamdulillah tak rasa lapar dan haus sangat nak tunggu waktu berbuka tu. Buat kerja kat ofis pun lebih fokus.

Bagi penggemar tegar Shaklee, boleh kata semua akan ada stok tiga beradik ni kat rumah.

Insya Allah saya akan kongsikan satu persatu kebaikan dan kelebihan mereka ye! 

Selamat berpuasa 


Yana
SID 1151261
aurelia_mjsc85@yahoo.com


**Untuk pembelian terus boleh KLIK SINI.
Nak murah sikit meh contact saya, jangan segan2. Kekeke....**

Wednesday, July 9, 2014

Bagaimana saya akhirnya menyertai Shaklee (bhgn 2)

Kalau sebelum ni cerita pasal temuduga pegawai imigresen, kali ni ceritanya pasal rezeki tak disangka.
Kejadiannya dalam bulan yang sama, cuma yang keputusan temuduga tadi keluar dalam bulan 5 tak silap saya.

Cerita kedua ni macam ni...

Tengah-tengah saya sibuk kat ofis, tiba-tiba ada satu no KL call saya. Biasanya saya teragak-agak sikit nak angkat no KL ni. Faham-faham je la kan kalau terkena org Astro suruh tukar decoder, org tah mana2 nak jual insurans dan sebagainya. Tapi tah kenapa saya angkat jugak sebab no kawasannya tu macam tak familiar.

Budak lelaki yang bercakap tu bagi salam (lembut hati akak dek!) lepas tu kenalkan diri dia dari CIMB. Saya dah cuak. 'Haih....jual insurans lagi ke'. Suara saya dah start garang.

Lepas tu dia cakap saya terpilih untuk memenangi kamera Canon tapi sebelum tu kena jawab satu soalan dengan betul. Oh ye....sebelum tu dia mintak saya sahkan nama, no ic, no telefon dan alamat. Haaaa....nampak tak permainannya kat situ....risau dah ni takut2 scam ke apa.

Dah sahkan semua tu baru dia bagi soalan, "Macam mana nak buka account KWIK CIMB?".

Saya menjawab dengan nada ala-ala garang (seram dek non takut kena tipu tapi since dia takde mintak 3 no belakang kad tu dan tak mintak no kad maka masih rasa selamat la).

Hehe....soalan senang, jawapannya pun senang. Terus adik tu cakap "tahniah cik yana, cik yana dah menang camera canon dari pihak CIMB. Penghantaran akan mengambil masa 8 minggu, bla bla bla...sebarang pertanyaan cik boleh hubungi Encik A di nombor 03XXXXXXXX bla bla bla" sampai panggilan ditamatkan.

Letak je telefon cepat-cepat saya call CIMB Centre. Wakil yang jawab call tu macam tak berapa jelas pasal contest yang saya menang tu, so dia pun pegi la tanya-tanya kat atasan dia. Then lepas saya bagi no telefon yang saya dapat tadi terus dia cakap, "Owh....kalau no start dengan no tu, memang dari CIMB cik,"

Terdiam saya. "So tadi tu bukan scam la ye. Betul2 ea?"

"Ye cik. Contest tu untuk pemegang account Kwik CIMB. 15 orang je yang terpilih."

Dalam hati saya, "Whattt??? 15 orang JE?? And I'm one of them? Alhamdulillahhhh...."

Apa yang ajaibnya kat sini :

- Saya dah lamaaaa sangat berhajat nak beli kamera baru menggantikan kamera lama yang menamatkan riwayatnya di atas seketul batu.

- Saya tak tau berapa harga pasaran kamera tu. Tapi saya pasti nilainya berkali ganda daripada sumbangan/sedekah saya yang tak seberapa (Bhgn 1)


Termenung saya memikirkan semua ni. Sungguh, saat tu saya terasa macam "Ya Allah......manisnya janjiMu,"

Allah bagi saya rasa cash. Takyah tunggu lama. Dia buat saya rasa seronok untuk terus memberi.

Jadi sebab itu saya nekad join Shaklee. Saya nak cari pendapatan lebih. Saya nak tolong lebih ramai orang. Saya nak bantu orang lain menikmati kehidupan yang lebih selesa. Saya join Shaklee bukan sebab saya nak kaya. Tak. Sikit pun takde niat tu.

Doakan saya kawan-kawan.
Doakan agar Allah terus permudahkan urusan saya.

Sekali lagi, saya memohon keampunan Allah dan saya memohon kemaafan pembaca seandainya nukilan saya ni menimbulkan rasa tak senang atau ada yang beranggapan saya menunjuk-nunjuk.

Wallahua'lam.

Tuesday, July 8, 2014

Promo!! Jom beli VIVIX!!



Assalamu'alaikum....selamat bercuti bagi yang bercuti, selamat bekerja bagi yang masih di ofis 

Bagi yang belum tahu, nak bagitau ni.
Bulan ni Shaklee promo Vivix tau.
Beli 6, dapat lagi 1 percuma.
Haaa....bagi siapa2 yg nak try atau nak bagi mak ayah cuba....time ni la nak rebut peluang.

Sebab apa?
Sebab dia besssstttt 
Last time Shaklee promo Vivix ni pada Mei tahun lepas.
Kalau nak tunggu dia offer lagi sekali tak tau lagi bila. Silap2 dah naik harga nanti kan.

Secara ringkasnya, Vivix ni best sebab :

 Ada banyak testimoni berkaitan masalah kesihatan yg semakin sihat selepas mengamalkan Vivix...seperti imuniti, SLE, sendi, gout, darah tinggi, kolestrol, jantung, strok, diabetes (ada testimoni yg menyatakan masalah mata mak dia akibat komplikasi kencing manis akhirnya pulih)

 Melambatkan proses penuaan.

 Merendahkan kolesterol dan merendahkan tekanan darah.

 Pengawalan stress.

 Memperbaiki sel-sel dan DNA badan.

Dan banyak lagi lah 
Ingat ye....produk Shaklee bukan ubat.
Makanan tambahan ni ada yang tak berkesan ke atas sesetengah orang.
Tapi tak salah berusaha kan.

Memang ramai yang fikir banyak kali nak beli Vivix. Mahal sangat katanya.

Tapi jangan risau...insya Allah berbaloi...sebab sebotol boleh tahan sehingga 2 bulan (untuk seorang ye).
Sehari ambil satu sudu kecik je.
Rasa dia pun sedap...ala2 Ribena pekat gitu. Masam-masam manis.

Harga runcit RM475.
Beli dua Vivix, automatik anda akan jadi ahli siap dapat cash rebate lagi (bonus bonus!).

Tapi....tahukah anda...kalau anda jadi ahli....bulan ni harganya jaaauuuhhh lebih murah.

Amacam? Berminat? 
PM saya sekarang untuk penerangan lanjut okeh 

Shaklee Independent Distributor,
Yana (1151261)

Call/SMS/Whatsaapp
012-7310956

Email
aurelia_mjsc85@yahoo.com

FB

Bagaimana saya akhirnya menyertai Shaklee (bhgn 1)

Hari ni hampir sebulan saya join Shaklee.
Satu keputusan nekad selepas setahun dok fikir.

Lama kan saya bazirkan masa?

Kalau saya tak fikir banyak sangat, mungkin sekarang saya dah berada di rank yang jauh lebih tinggi.
Tapi tak apa, saya yakin rezeki Allah untuk saya tetap ada.

Jadi, menjawab soalan tu la kan....macam mana akhirnya saya nekad join Shaklee.

Kisahnya bermula pada sekitar bulan 3. Tapi sebelum tu saya memohon keampunan Allah sekiranya perkongsian saya ni mengundang salah faham pembaca. Wallahi saya tak ada niat nak riak dan membangga diri, atau mengungkit kebaikan yang saya buat. Demi Allah....saya berkongsi cerita untuk kita sama-sama merasakan betapa manisnya janji Allah kepada hamba-hambanya yang yakin.

Sekitar bulan 3 tahun ni saya diberikan rezeki lebih hasil penat saya bertapa kat ofis lama-lama (OT la tu. Hehe...) Siapa yang seronok hari-hari balik lambat, keluar pagi matahari dah tido baru kita gerak balik rumah. Bilik tak kemas, bersepah macam tongkang pecah. Kain baju basuh seminggu sekali, tu pun terkejar-kejar nak jemur. Allah.....penat weh keje 7 hari seminggu ni. Public holiday, sabtu, ahad pun kena kerja.

Tapi sedaya mungkin saya cuba ikhlaskan hati, sebab sentiasa teringat kata-kata kawan sepejabat lama dulu : "Kita ni yana, majikan kita sebenarnya tu...yang kat atas tu. Dia yang bagi kita rezeki. Bukan bos, bukan PM. Apa yang kita buat ni, Allah yang bayar. Kita kena ikhlaskan hati sebab Dia yang nilai kita,". Setiap kali saya rasa tertekan dengan kerja, saya ingat ayat tu dan saya jadi cool balik. Betul la....hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Hasilnya, total OT saya untuk bulan tu lebih kurang separuh daripada gaji basic. Rasa puas.

Dijadikan cerita, selepas saya dapat bayaran OT saya tu, hampir setiap hari saya nampak berita, atau FB posts yang bercerita tentang golongan yang memerlukan bantuan kewangan. Bukan satu dua, mungkin lebih daripada itu. Tergerak hati saya untuk memberi sumbangan walaupun saya tahu saya juga perlu menyimpan. Tapi itulah.....saya yakin dengan janji Allah. Saya hulurkan sebanyak mana yang saya mampu. Tak banyak tapi saya senang hati dapat menghulurkan sedikit bantuan.

Bulan yang sama saya perlu menghadiri temuduga pegawai imigresen (gred 17). Saya masa tu 50-50 sebab saya sebenarnya dah letih pegi interview kerajaan ni. Tapi Allah kuatkan hati saya untuk bagi peluang kat diri sendiri. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan saya. Mula-mula masa ujian fizikal, saya ni silau....tak berapa nampak huruf-huruf halus kat board. Saya dah risau takut fail kat situ. Gagal ujian fizikal maknanya saya kena balik terus tanpa ditemuduga. Allahu akbar....pegawai bertugas bagi saya rehatkan mata sekejap dan cuba lagi sekali. Akhirnya saya lepas.

Kemudian sesi temuduga pulak. Syukur Allah permudahkan urusan saya sekali lagi. Penemuduga saya sangaaattt memudahkan...ringan mulut untuk berbincang dan suasananya agak santai. Ketawa-ketawa, loyar buruk........saya langsung tak rasa tertekan semasa ditemuduga, sebaliknya rasa macam bertukar-tukar pendapat je.

Semuanya terasa sangat mudah.

Cuma silapnya di sini adalah kekuatan doa saya. Saya 50-50. Hati saya antara nakkan jawatan tu dengan tidak. Guess what? Allah Maha Mendengar. Itulah yang Allah bagi saya.

50-50.
Dilantik tidak, gagal pun tidak.
Status saya adalah "Simpanan Lantikan".

Reaksi saya masa dapat keputusan? Tak sedih, tak kecewa. Tapi rasa terpukul. Subhanallah....begitu mudahnya Allah tunaikan hajat saya. Kalaulah saya betul-betul berhajatkan jawatan tu masa tu, mungkin sekarang saya sedang menunggu anda datang buat pasport dengan saya. Hehe.......

Oklah....panjang sangat ni. Ada satu cerita lagi. Sambung part 2 pulak ;)

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign