Tuesday, July 30, 2013

Temuduga PTD 2013

Alhamdulillah selesai akhirnya.


Macam nak rak study, siap amik cuti. Kalau tak lepas jugak tak tau la. Bukan susah pun soalan dia. Dah la kejap je, 20 minit. Orang lain sampai 40 minit. Aku dah start rasa tak best dah ni. Huwaaaa......takpe2, ada 5 bulan lagi nak doa, solat hajat banyak2. Semoga ada rezeki kali ni.

Baiklah, ni pengalaman berharga hari ni. Mungkin tak membantu sangat kot sebab soalan yang ditanya takde la mencabar sangat.

TING! TONG! (Nombor giliran ai dah keluar kat skrin ye)

**Ketuk pintu**

Saya (A) : Assalamu'alaikum Dato....Tuan (sambil hulur fail dan resume)
PTD : Resume awak bagi Dato. Fail bagi saya.

**Serahkan dokumen. Diri kejap**

PTD : Ok boleh duduk.
A : Terima kasih.

Dato : Assalamu'alaikum, selamat berpuasa. Saya Sepian (very the humble Dato ni), dan ini rakan saya Khairul. Jadi....cik A binti B...

A : Ye saya Dato' (senyum....senyum sampai lenguh)

Dato : Ni keturunan dari Sumatera ni (tiga2 gelak). Ok, boleh kenalkan diri. Nama, sekolah mana, u mana, family, adik beradik, keje...

A : Baik Dato. Assalamu'alaikum. Nama saya mcm dalam resume, bla bla bla.....<-- bahasa="" br="" dalam="" melayu.="" pengenalan="" sesi="">
Dato' : Baik. Cik A, kita cakap pasal sejarah sikit la ye. Dulu negara kita pernah mengalami kekacauan dan huru hara (masa ni dah target 13 mei punya peristiwa dgn langkah2 diambil macam DEB ke apa. Sekali.......) disebabkan komunis. Pada Cik A la, apa dia komunis tu?

**Rasa nak hentak kaki. Dah la memang tak minat langsung Sejarah. Apa nak goreng ni.....**

A : Saya cuba ye Dato. Pada saya, komunis ni adalah satu kumpulan yg mempunyai matlamat tertentu, tapi untuk capai matlamat tu dia tak pedulikan kepentingan org lain...bla....bla... [setelah balik rumah dan semak jawapan ni salah sama sekali doh.gif ]

Dato : **angguk2** Siapa yg mengasaskan gerakan komunis ni?

A : Err...kalau kat Malaysia Chin Peng la kan Dato

Dato : Kalau dunia?

A : Saya mintak maaf Dato. Saya tak ingat.

Dato : Komunis diasaskan oleh Karl Marx. Dia org Jerman. Kemudiannya dibawa oleh John Lennon seterusnya berkembang sampai ke China. Di Malaysia komunis diketuai oleh Chin Peng (fuh.....nasib baik betul) Ni....SPM Sejarah result baik, mcm mana boleh tak ingat?

A : Mana ada baik Dato. Kalau sekolah saya result macam tu dah tahap teruk dah (gelak lagi dua orang tu)

Dato : Ok Khairul...

PTD : Ni soalan sejarah jugak la lebih kurang. Siapa Perdana Menteri Malaysia yg pertama?

A : Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (senyum lagi)

PTD : Tunku ke Tuanku?

A : Tunku, tuan.

PTD : Siapa agong pertama?

A : Tuanku Abdul Rahman

* Lepas tu dia senyap sambil angguk2. Err....tu je ke? *

Selepas tu saya ditanya tentang beza kedutaan dengan suruhanjaya tinggi, apa panggilan untuk pegawainya, di bawah kementerian mana, nama lain kementerian tu. Lepas tu ditanya jugak kastam bawah kementerian apa, sebagai org awam bila dengar PTD apa yg terbayang di fikiran saya, apa dia struktur pemerintahan negara, parlimen terdiri daripada berapa komponen. PTD ni kat mana tempat dia. Soalan2 lain berkaitan dengan background. Kena provoke sikit je. Macam ni :

PTD : Kita ada berapa Kementerian ye?

A : 24 tuan.

PTD : Maknanya awak dah kurangkan satu la.

** Blur kejap. Kurangkan satu??? Kita ni tulis tangan satu persatu tau nama kementerian dgn nama menteri. Takkan salah kot **

A : 24 tuan, termasuk JPM.

PTD : Yelah, kalau 24 maknanya awak dah buang satu la kan

A : Eh kenapa pulak tuan. Kementerian Luar Negeri dgn Wisma Putra kan sama. So 24 la kan?

Tuan Khairul tu senyum sambil angguk2. Haish....betul ke salah jawapan tu? Psycho betul dia ni.


Dato : Awak ada apa2 soalan?

** Aik....dah habis ke? Sekejapnya....**

A : Saya cuma nak tanya satu je Dato

Dato : Apa dia?

A : Kenapa tahun ni dah tak ada PAC?

Sekali kena bantai gelak dengan dua org tu dry.gif

PTD : (sambil gelak cakap kat Dato yg tengah gelak jugak) Dia nak pegi PAC ni. Kita bagi la dia pegi PAC (apa yg lawak sangat soalan tu kemain dia ketawa).

Dalam hati --> saya tak nak pegi PAC. Saya dah pegi pun PAC tu. Saya tak puas hati sebab yg first timer amik exam then lulus dapat terus pegi interview, takyah susah payah kena lari daki bukit, lompat2, tido 2,3 pagi siapkan teks public speaking, tak sakit otak kena mental torture, tak sakit hati tengok result PAC fail. Den ni bertahun tunggu dapat interview tau tak. Ini tidak adil!

Jawapannya -

Dato : Tahun ni kita dah buat pembaharuan, PAC tu akan dimasukkan sekali dalam tempoh setahun sekiranya awak terpilih nanti. Tapi bukan la setahun tu PAC je tiap2 minggu (Gelak lagi. Ni.....soalan saya tu soalan bodoh ke dry.gif) cuma modul tu yg kita akan masukkan dalam program setahun tu.

A : **Angguk, senyum tapi rasa berbulu jugak**

Dato : Itu saja? Ada soalan lain?

A : Rasanya tak ada, Dato. Itu saja.

Dato : Baik. Terima kasih. Semoga berjaya.

A : *Amik fail* Terima kasih tuan. Terima kasih Dato. Selamat berpuasa.

Masa berjalan nak keluar, saya perasan Tuan Khairul tu pandang atas bawah atas bawah. Mungkin tengok penampilan kot.

Saya tak pakai baju kurung. Saya pakai kemeja tuck in, long skirt dan blazer.

Sekian.


Kawan pulak sebab dia lawyer yg dah chambering, kaw2 dia kena. Full english, nama KSU KDN, nama KSN, kena tanya apa lagi tah pasal KDN, kenapa nak jadi PTD sebab dah dalam legal, kenapa tak apply AG, NKRA kena sentuh sikit. Kena tanya pasal pingat anugerah tan sri mana satu tah. Sangat random. Ada yg kena tanya pasal negeri-negeri Selat.

Dah usaha. Dah doa. Tawakal dan terus berdoa.


***Ai apply unpaid leave semata-mata sebab nak fahamkan GTP ETP bagai. Tapi apesal sikit pun tak tanyaaaaa??????!!! Huwaaaaa..... :(( ***

6 orang kaya kat sini:

Juls Julie80 said...

assalam...salam ziarah...
anak sedara nak exam PTD esok..tu yg blogwalking tu... hehehe

Anonymous said...

insyallah kalo dah rezeki tu x kemana.. hehe saya baru iv 12/11/13 kat KT... alhamdulilah leh jawab soalan2 yg ditanya.. cuma soalan integrti je gagap ckit heheh sbb di tanya dlm BI... baca dlm BM.. lmbt nak translate ...

Anonymous said...

Hi dear..sonok bc entry u ni..so dpt x intebiu tu?

Cik Yana said...

seperti diduga tak dapat. haha.....takpelah, memang takde rezeki. tahun ni pulak tak dapat pegi interview terus. so dah sampai masa kita bye2 kat ptd. kikiki.....

Anonymous said...

Salam..saya nk tanya..kira nye utk temuduga kali ni hanya ada esei dgn temuduga je?

Cik Yana said...

Maaf baru perasan komen ni. Saya tak pasti pulak sebab saya tak pegi interview ptd hari tu. Sorryyy sangat lambat baca komen awak X_X

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign