Sunday, October 7, 2012

Kek Karamel saya menjadi!!

Dengan hidung kembang saya nak mengaku ni la antara cubaan pertama yang menjadi. Okay...tak la cantik macam orang lain buat, tapi boleh la diterima tekak (Tekak saya. Tekak orang lain saya tak check pulak). Mama cakap pernah makan yang lebih lembut dan lembab dari yang saya buat ni. Saya dengan hati terbuka terima teguran tu....

SEBAB!!

Loyang berpateri tu buat spoil  

Dah siap lapis-lapiskan adunan tu, baru perasan bancuhan karamel ada yang dah mula keluar. Sedih. Nak transfer loyang lain tak boleh dah. Tawakal je la masuk oven. Dalam hati dah terbayang rupa kek yang buruk dengan lapisan karamelnya yang akan hilang tah ke mana.

Tapi bila dah ting!.......ni la hasilnya



Tengok la tu karamel dia. Hampir-hampir tak ada.

Sekali pandang macam aiskrim paddle pop pulak. Sila abaikan background ye.


Pueh hati den. Resepi saya tiru sebijik-sebijik resepi Kak Ita kat sini. Kalau ada yang berkenan, cuba la buat ikut apa yang dia ajarkan. Insya Allah puas hati.


Oh ye, untuk adunan kek tu saya kurangkan gula kastor daripada 70g kepada 60g. Masih sedap. Kurangkan gula sebab kesian kat abah yang ada kencing manis. Hehe....


Untuk warna pelangi tu pulak, saya guna tiga warna je. Biru, kuning dan cochineal (macam pink pekat) brand Star. Mula-mula letak adunan warna biru dulu, lepas tu lapiskan dengan adunan warna kuning lepas tu baru letak adunan warna cochineal. Bila dah siap dia main cantum-cantum warna pulak. Hehe...


Kalau yang tak pasti macam mana rupa loyang berpateri yang dah meranapkan impian saya tu, Kak Ita ada poskan gambarnya. Jadi sila jangan guna ye. Saya tak galakkan.


Kalau oven ada api atas bawah, guna api bawah SAHAJA. Apa akan jadi kalau guna api atas dan bawah?  Kek akan bermasalah seperti yang diberitahu oleh orang-orang yang bagi komen kat blog Kak Ita.


Bila kek dah sejuk, boleh simpan dalam peti. Saya punya ni dah simpan dalam peti semalaman baru rasa macam lembut sikit. Yeay!


Sekian laporan masakan eh....laporan eksperimen dapur dari saya. Lepas ni cari resepi lain pulak. Kuikuikui.....


ps: Mencuba sesuatu untuk pertama kali dan menjadi adalah satu kepuasan tak terkata bagi orang yang suka bereksperimen kat dapur. 

0 orang kaya kat sini:

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign