Sunday, September 5, 2010

Rindu si Gemuk!

Sahur tadi makan nasi lauk ikan masak pindang. Ikan ape tah.Macam ikan merah tapi tak cukup merah untuk dikatakan sebagai ikan merah. Mama cakap macam ikan unga. Entah la....kalau spesies ikan laut yang tak berapa nak komersial ni, memang saya kurang tau.

Amik sekeping buat lauk. Tapi tah kenapa tak berselera nak makan. Kadar suapan rasanya ade la sekitar 2km/j. Tu pun kalau leh buat perbandingan macam tu la kan :p Pastu tinggal secubit lagi untuk dimakan, tapi tekak dah mula nak reject. Saya pun bangun la dengan niat nak bagi makhluk lain kat belakang rumah.

Bukak pintu belakang, pandang kiri pandang kanan.....seru menyeru barang sekali dua....pun masih senyap sunyi. Akhirnya ikan secubit tadi masuk mulut sendiri jugak.

 Alahaiii....kalau la si Gemuk atau keturunan dia masih menghuni kat belakang rumah ni, ade la jugak mulut yang menunggu untuk disuap. Dulu bila dengar je bunyi pintu, Gemuk terus datang berlari-lari. Kadang-kadang bukan nak makan pun, saje je nak suruh orang belai perut dia yang cantik tu. Hehe...tapi satu hari tu Gemuk tak balik dah. Nasi dengan ikan yang dah gaul untuk dia pun akhirnya masuk tong sampah. Mungkin dah sampai ajal dia.



Apsal Gemuk ni macam nak sama besar je? Macam rupa kanggaru pun ade. Hakhakk.....

Rindu sangat kat Gemuk. Apasal la Gemuk tu setiap kali gaduh masuk sembunyi dalam longkang? Nak tekel betina pun tak lepas-lepas, pastu pilih betina yang comot-comot je. Gemuk tu kategori hensem kot [jantan jambu pun ye jugak. Penakut.] Hmm....apa boleh buat. Bila Gemuk dah takde, maka berakhirlah sudah keturunan kucing paling sopan yang pernah menumpang kasih kat rumah ni. Huhu....


*Gambar dilukis menggunakan Paint. Sebab tu jadik tah pape!

2 orang kaya kat sini:

najib said...

maner gambo si gemuk,mesti comel tu

Cik Yana said...

tak penah amik pun gambar gemuk. kucing biasa2 je, tp comel sebab saiz kecik :D

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign