This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, April 20, 2013

Tips menghadiri peperiksaan bertulis PTD

Oklah....memandangkan saya ni boleh dikira sebagai veteran dalam bab exam bertulis kerajaan ni (dapatnya tak pun. Ceh. Penat tau pegi exam.), meh saya kongsikan tips-tips yang mungkin berguna buat anda yang akan ambil exam tu bila-bila nanti.

Sejak kali pertama saya 'kenal' exam ni, banyak perubahan dah dilakukan antaranya :

1) Dulu exam dua hari. Dulu tu.....tahun 2007. Sekarang sehari je.

2) Dulu jugak....banyak paper. Ada Pengetahuan Am, Kefahaman Esei, Daya Menyelesaikan Masalah (matematik dan soalan IQ), Esei Bahasa Melayu, Esei Bahasa Inggeris dan Sahsiah. Bayangkan betapa tertekannya masa tu. Dah la soalan-soalan exam dulu jauh lebih susah berbanding sekarang. Tahun ni paper Kefahaman Esei dah takde kan? Paper sahsiah tu tak ingat tahun bila dah dikeluarkan. Mana dengan matematik tak sempat nak jawab, soalan IQ memang buat berbelit urat kepala, pengetahuan am bukan setakat pasal sejarah dan perlembagaan tapi termasuk alat muzik yang kau tak penah dengar nama dia, tokoh-tokoh sukan yang tak familiar. Hamek. Hentammmmmm.....soalan sahsiah pulak 80 ke.....100 soalan tah, jawab dalam masa sejam (agaknya. Ok, seriously dah lupa). Lenguh urat tangan nak hitamkan OMR -_-"



Kalau ada yang bertanya, saya dah beberapa kali lulus exam, pegi PAC tapi tak penah sampai interview. Haha......pasif sangat kan. Padan muka. Lain kali ai cerita pasal PAC pulak ye.

Jadi untuk adik-adik, kakak-kakak atau pun abang-abang yang akan menduduki exam PTD, mungkin boleh pertimbangkan tips-tips tak seberapa daripada saya ni.


  • Pengetahuan Am : kalau anda bukan seorang penonton setia berita setiap malam, banyakkan baca paper dua tiga bulan, kalau boleh 6 bulan sebelum tarikh exam. Kalau tak ada, boleh tengok arkib berita online. Maklumat lain saya cadangkan pergi ke website Pejabat Perdana Menteri dan juga Pusat Maklumat Rakyat (untuk maklumat umum tentang perlembagaan dan dasar negara).

  • Bermula 2013 saya difahamkan dah tak ada kertas pemahaman kan? Erm....kalau ada pun tak susah. Macam jawab soalan pemahaman exam sekolah je.

  • Daya Menyelesaikan Masalah : biasanya akan banyak soalan-soalan yang melibatkan peratus, jadual, pembahagian dan sebagainya yang memerlukan banyak cara kerja. Jadi skip dulu soalan-soalan macam ni, buat soalan-soalan yang senang yang boleh diselesaikan dalam masa 15-30 saat. Silap pembahagian masa anda tak akan sempat jawab semua soalan, malah takkan sempat hitamkan pun ikut suka hati sebelum kertas jawapan anda diambil.

  • Esei Bahasa Melayu : kebiasaannya, tajuk-tajuk bagi esei Bahasa Melayu lebih berat dan lebih kepada fakta semasa, atau menguji pengetahuan am anda tentang langkah-langkah yang sedang dan telah diambil oleh kerajaan. Boleh jadi juga untuk melihat idea-idea baru anda, atau pun untuk melihat kematangan anda berfikir dan menilai sesuatu isu. Boleh buka website yang saya berikan tadi sebagai rujukan.

  • Esei Bahasa Inggeris : pilihan soalannya lebih terbuka dan santai. Ini untuk melihat kemampuan dan kepantasan anda dalam berfikir dan mengolah idea tersebut di dalam bahasa Inggeris. Mudah bagi yang hebat dalam speaking, tapi masalah bagi yang kurang mahir sebab masa ni la semua vocabulary melayang tah ke mana! Masa tu rasa macam nak cari kamus je. Jadi, banyakkan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris.

Secara kasarnya, ambil tahu tentang sejarah negara, sejarah perlembagaan, tentang dasar-dasar kerajaan dulu sampai sekarang, apa yang kerajaan sekarang buat, polisi dan sebagainya. Ini paling PENTING.


Bagi yang ada buku Malaysia Kita, ia adalah buku rujukan yang baik tapi anda tak perlu baca kulit ke kulit. Tebal sangat kot. Hehe... Sesiapa yang tak ada buku rujukan dan berkira-kira nak cari satu, mungkin boleh cuba buku contoh soalan peperiksaan PTD. Memang ada buku khas untuk exam PTD jadi untuk ambik feeeeelll boleh la try buat soalan-soalan dalam buku tu ye. Tapi BUKAN jaminan soalan-soalan tu yang akan keluar. Cuma boleh dijadikan panduan dan bagi kita rough ideas tentang bentuk soalan.

Bagi saya, bahagian paling penting adalah esei. Berdasarkan pengalaman saya, bila esei saya macam banyak idea matang walaupun tak berapa bombastik, dan penggunaan english saya tak tunggang langgang, maka saya lulus exam tu. Hehe....

Errr.....rasanya takde apa dah. Dah usaha, dah jawab selebihnya tawakal. Kalau lulus alhamdulillah. Kalau gagal, jangan putus asa. Kalau dapat panggilan exam, pegi je. Kalau dapat PAC jangan takut-takut. Ambil pengalaman dan belajar. Okay? ^_^

Sekian daripada saya, yang dah berkali-kali amik exam walaupun kadang-kadang rasa give up dah (eceh....cakap orang tadi kan. Haha...)

Chow.

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign