Kenapa tah.
Tapi mula-mula Cik Yana nak mohon maaf kat followers semua, sebab pertamanya saya tak berapa rajin mengapdet blog. Keduanya, entri saya hari ni agak emosi sikit.
Sebab kadang-kadang saya teringin juga bercerita dengan bebas, sepertimana rakan-rakan blogger lain. Tapi ya.....saya tak boleh buat macam tu atas sebab-sebab tertentu. Seronok bila baca blogger lain bercerita aktiviti pergi sana, pergi sini, baca blog B2B yang bercerita bagai tentang persiapan nak kawen, impian diorg,....tapi saya terpaksa pendam sorang-sorang. Mereka bebas bercerita dan bertukar-tukar pendapat. Tapi saya tak mampu.
Ahh....monday blues. Kenapa kau tak pernah nak lenyap terus dari hidup aku wahai isnin yang biru. Huhu....