Hehehe....lamanya la hai tinggalkan blog ni. Yelah kan, saya ni bukan blogger tegar. Bila ada rasa nak berceloteh, ada la entri baru. Kalau tak, faham-faham je la ye
.Memandangkan saya baru je tukar template baru, habis ke laut semua widget. Ni pun tengah godek-godek setting sambil memikirkan idea untuk entri baru. Hikhik....
Nak share dua gambar dengan pembaca semua. Tak tau la pulak sama ada penyu ni terlatih atau pun dia memang tergerak hati nak datang kat situ. Tapi rasanya orang Tupperware patut bagi makanan lebih kat si penyu ni. Kenapa? Haaa.....tengok gambar kat bawah ni.
On the way...on the wayyy..... |
Haa...tengokkkk. Elok dah sama kaler dgn Tupperware tu. Dia buat iklan lak. Hikhik.... (Tupperware ni dalam akuarium tu tau. Dalam bekas tu ada makanan) |
Gambar diambil kat Aquaria KLCC. Boleh la pegi sana ye kalau nak jumpa penyu ni