This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Tah hape2. Show all posts
Showing posts with label Tah hape2. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Saya menang pas masuk final Maharaja Lawak!

Saya ni online je keje. Tapi update blog sebulan tak skali. Kehkeh...

Hari tu, tengah syok online main game, ternampak la enosmen ni kat wall facebook.


Maka dengan segera saya pegi kat link page Astro, lepas tu nampak enosmen lain pulak.


Dan dengan segera jugak saya pegi website Astrolife. Kat situ dia suruh isi borang, tak ada slogan tak ada soalan. Cuma mintak maklumat dengan no akaun Astro je. Saya pun bukan la mengharap sangat [tapi kalau dapat bagus jugak. Hehe...]. Yelah....bukan selalu pun dapat cabutan bertuah ni kan, apa lagi kalau berebut-rebut pas dengan beribu orang lain.

Sekali di satu petang yang indah, saya dapat satu SMS.


Wawawawaaaaa.....senyum lebar sampai telinga baca SMS ni. Terkejut bila tiba-tiba dapat EMPAT pas masuk. Ingatkan koman2 pun dapat dua je sebab kat page Astro diorg berebut-rebut buat task yang diarahkan untuk dapatkan 2 pas, saya pulak senang-senang baring-baring je pun boleh dapat 4 keping pas. Hehehe....

Tapiii!!!
Masa ni saya kat JB. Waaaaa...!! Tak acinye :(
Ingat nak pass kat ipar-ipar, tapi diorg pun takleh amik sebab pompuan jaga kaunter tu strict bebenor nak jugak bil Astro original. Saya dah bagi gambar bil pun dia takmo. Alaaa....4 keping tu memang dah reserve untuk saya pun kan? Berkira betul -.-" [menyampah!] Macam mana nak bagi diorg bil kalau saya ada kat JB?

Tahape2 la Astro. Selalu buat orang marah.
Okay. Geram. Nak bagi pas percuma tapi macam tak ikhlas je. Chit!
Oppsss.....teremo lak. Hehehe....

Kesimpulannya malam tu saya tengok final Maharaja Lawak kat Youtube je T_T

Apa pun, tahniah Sepah sebab berjaya menjadi juara. Sepah memang terbaeklah. Lawak selamba je. Eskpresi muka pulak macam mintak ditumbuk-tumbuk je. Hehehe.... Sepah punya lawak tengok banyak kali pun masih tergelak lagi. Itu namanya lawak. Lambat basi :p

**Rezeki anak agaknya kan?**

Sunday, August 29, 2010

Owh....itik rindu angsa

Sesekali terasa nak bertanya kat angsa,
"Apa khabar?"
Tapi risau kalau angsa masih bencikan itik.

Sesekali terasa nak tersenyum kat angsa,
Tapi gusar kalau angsa tak sudi memandang.

Hari tu kan....itik mimpi angsa.
Mimpi kita bergurau dan bercerita bersama.
Macam dulu.
Itik tak malu mengaku...itik rindu.

Tapi itik tau itik dah buat salah kat angsa.
Sejak tu semuanya berubah.

Angsa...
Selamat berpuasa.
Maafkan segala salah silap itik kat angsa dulu.
Halalkan makan minum itik ye.

Semoga angsa sentiasa gembira dan bahagia.
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan...
...dan mempermudahkan laluan rezeki buat angsa.
Insya Allah...


**Nak wish selamat hari raya tapi macam jauh lagi. hehehe.....**

Thursday, August 19, 2010

Sudah-sudahlah tu...

Tak nak cakap banyak.
Tapi aku cuma nak bagitau...
sudah-sudah la tu cakap yg bukan2.
Makin banyak kau bercakap,
makin banyak fitnah kau buat.
Kau jumpa aku pun tak pernah,
apetah lagi orang2 dalam hidup aku,
tak payah la pandai2 nak kategorikan aku ni
perempuan jenis apa.

Kesian betul.
Banyak jugak dosa kau dgn aku.
Tapi takpelah.
Aku faham apa kau rasa.
Jadi aku maafkan semua fitnah
dan sangka buruk kau tu.
Tapi kali ni je.
Lagi sekali aku dengar kau cakap benda tak betul pasal aku,
Sila jangan segan-segan hulur 10 jari minta maaf kat aku ye.
Aku bukannya kejam sangat pun
Sampai tak nak maafkan kau sampai mati.

Tuesday, April 27, 2010

Enjoying myself as a Cinderella

Haha....okeh2..
To be specific, enjoying myself being a full time housewife.
These few days suddenly I'm transforming myself into a hygienic freak.
Sapu rumah, mop lantai, vacuum karpet, sental sink, sental bilik air, kemas bilik.
Wah...satu aktiviti yang sihat dan jimat.
Lagipun kesian lak biarkan mama yang mengemas rumah. Hee...
Sementara saya ada kat JB ni leh la tolong2. Stamina pun dah kurenggg skrg. 
Naik tangga pon mengah. Hehehe....

But I can bet it won't stay long.
Muahahahaaa.....
So...
Kite enjoyyy!!

Err...kesimpulannya, tak yah keluar duit banyak2 kalau nak sihat. Buat pakej penuh pembersihan rumah pun dah cukup untuk bakar kalori. Jimat. Sihat. [Senang la ko cakap yana kan. Tengok diri sendiri dulu -_-"]


p/s : ok...yg sebenarnya saya jadi rajin mengemas ni sebab nak lepas geram dengan cara yang positif! ;p

Thursday, January 28, 2010

Simpan elok2....atau lepaskan?

Kawan-kawan...

Cantik kan burung ni.
Ni la dia burung cenderawasih.
Susah sangat nak jumpa.

Tapi ramai orang berminat dengan burung ni.
Orang kata...siapa yang jumpa burung ni bertuah ye?





Kalau la kamu jumpa burung ni, mesti kamu sayang sangat kan?
Kalau ada orang mintak, agak-agak kamu nak bagi tak?


Macam mana mo simpan burung ni?
Masuk sangkar? Macam gambar bawah ni?




Kesian dia.

Nampak macam tak gembira je :(
Tapi kalau tak jaga baik-baik, nanti dia terbang pulak.


Macam mana ye?
Nak dijaga elok-elok, takut dia rasa tak bebas.
Nak dibiarkan bebas, takut lak dia hilang.


Alahaiii......


[ini bukan kisah mengenai seekor burung cenderawasih.
Korang faham2kan la sendiri. Hahaha....]



Wednesday, January 20, 2010

Bila fokus kat keje dah hilang

Keje...keje..
Kebelakangan ni sangat banyak keje..huhu...
Tapi takde mood mo buat...saya mudah hilang fokus..
Mari menjelajah ke pejabat saya. Heee...~~




Inilah meja saya. Bersepah.
Dah lama tak bersepah macam ni.
Botol air saye kaler hijau, beli kat AVON.
Telefon biru tu leh wat call dalam N9 je.
Kalau nak call Putrajaya saya kena guna tepon kat luar.
Depan meja saya ialah meja pembantu tadbir merangkap PA bos
merangkap jurutaip. Sebelah meja dia ialah pintu.
Ye...meja saya mengadap pintu.
So ade je orang keluar masuk bilik ni mintak
dia tolong taipkan claim, cuti dan lain2.
Fokus saya terganggu.
Bilik ni asik ade je orang bercakap2. Saya tak suka.
VERY DISTRACTING!
To mention, sebelah meja saya pun ada meja jugak.
Lelaki. Suara dia kuat.
Tu pun sangat mengganggu fokus saya kalau dia nak cakap pasal
bos, keje, exco, dan lain2. Hohh!
Kadang2 saya rasa menyampah bila bos atau staff tiba2 muncul kat pintu tu.
Saya selalu cakap sorang2 dalam hati, "Seybok je,"
Tapi apa boleh buat...saya bukan duduk sorang.
Semak dan sempit tak bilik ni?
Dulu ok lagi...tapi sejak almari coklat tu sampai,
bilik ni di re-org balik...
Bertambah sempit.
Kadang2 rasa macam nak sepak je barang2 dalam ni.
Alang2 jalan pun dah nak tersepak kan, baik sepak betul2 :-"

Monday, January 4, 2010

Lelaki dan Cinta???

Seorang kawan mengirimkan ini melalui YM.
Hurmm....betul ke tidak....jom kita semak :D

Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

Lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia trauma dalam hidup mereka.

Sekadar berkongsi. Tidak ada kaitan dengan mana2 individu :)

Wednesday, December 16, 2009

Tag...atau survey?

Kalau kat frenster dulu, berlambak2 survey saya jawab. Tah dari mana mereka2 dapat pun saya tak tau.

Kat sini saya jumpa satu tag kat blog sape tah...curik je. Haha...

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?

Alhamdulillah...saya nak bawak satu family mengerjakan haji.

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?

Woww....seksi tang mana tu? Haha....

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?

Baik saya cari orang lain daripada buat keje bodoh tu :

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus?

Yang mengutuk tu bagus sangat ke? Heh....ade saye kesah :p

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluargalah?

Andai itu dapat menggembirakan mak ayah saya, saya terima dengan hati terbuka.

6. Kalau tiada lagi hari esok?

Monday, November 23, 2009

Bila orang perempuan bawak kete

Hari Sabtu, 21 November 2009.
Lokasi : Telok Kemang, Port Dickson.

Letih tul uruskan program ni hari ni. Tapi best, dapat naik speed boat jabatan. Hehehe....melambung2 kami dalam bot tadi. Risau gak kalau terlambung terus ke laut :-ss

So...lepas habis majlis, lepas puas naik bot laju sampai sempadan Melaka, saye pun melepakkan diri kat sofa. Rasanya kalau bawak towel time tu jugak saye mandi. Rimas! Tiba2 tepon bunyi...

Shida : Hid, ktorg dah sampai kat Hotel Mesra ni.
Saye : Oh...ok. Tunggu jap ek. Aku takde kat situ. Jap lagi aku sampai.

Lepas tu saye buat muka kesian kat En. Khair mintak tolong dia hantarkan saya ke Hotel Mesra yang kalau saya jalan kaki 15 minit pun dah sampai (termasuk masa yang diambil untuk melintas jalan).

Lepas load barang kat kete Shida, kami pun bertolak menuju ke highway JB-KL...tak sabarnya nak sampai JB. Rimas tul pakai baju korporat ni lama2. Hurmm....

...Semasa dalam perjalanan...



Dalam kete...biasa la, bila jumpa kawan2 lama, masing2 dok sakan gelak teringatkan memori zaman sekolah dulu. Budak2 asrama kan nakal2....haha...(ehemm....tapi saya budak baik :"> ok2...saya budak skema dulu :-" )

Lebih kurang 20 minit kemudian...

Pae : (*dengan nada macam sure tak sure je*) Eh....korang...kenapa signboard ni...nak ke RnR Seremban? (sambil menunjuk ke luar tingkap)

Shida dengan Nad yang tengah memandu pada kelajuan 140km/j tu dah pandang2 tepi jalan.

Shida : Eh...a ah la. Weh...kita nak pegi KL balik ni!!
Pae : Patut la aku rasa jalan ni macam aku selalu lalu time nak balik KL! Rupanya kita ke KL balik. Aku dah agak dah mesti ada simpang nak ke JB (gelak lagi)
Nad : *Gelak tak hengat punya* Nasib baik ko perasan Pae. Kalau tak...dah sampai Sg. Besi baru perasan.
Saye : Aku memang tak nampak signboard kat sebelah sini. Hehe....
Nad : Ni sebab amik Hid kat PD la ni...kena pusing balik
Saye : Haha....korang ni macam2 la. Takpe, nanti exit kat Nilai, U turn balik.


Aduiyaiii....

Moralnya, sembang sembang jugak...tak salah gelak2 sambil mengimbau kenangan lama. Tapi sila awasi perjalanan anda. Huhuhu....

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign