This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Oh PTD....oh PAC...

Wah......lamanya meninggalkan alam penulisan tak berapa nak kreatif ni.

Hidup? Masih diteruskan macam biasa walaupun banyak perkara luar biasa terjadi.

Isnin lepas, bila dapat pegang je encik beri hitam kesayangan masa waktu rehat, tengok-tengok ada email. Bila bukak....ooo, email SPA. Ni mesti nak bagitau saya GAGAL exam lagi (macam exam Penguasa Kastam hari tu la. Dapat email ingatkan ada berita gembira rupa-rupanya dia cuma nak bagitau kita fail -_-" )

Untuk exam PTD kali ni saya tak expect banyak. Memang bajet fail pun sebab karangan rasanya biasa-biasa je. Soalan objektif pun rasanya senang, semua orang boleh jawab maknanya persaingan sengit la kan. Karangan tu takde la guna ayat-ayat bombastik plastik pun. Macam karangan budak sekolah je.

Skrol punya skrol....part keputusan peperiksaan tu dia tulis :


"Tahniah! Anda LULUS peperiksaan yang telah diadakan pada 12/05/2012"


Tergamam kejap. Bila konfiden tak lulus, lulus la pulak ye. Siap amik cuti 2 hari ni konon-konon nak study dan nak bersedia untuk exam tapi hampeh tak study langsung. Dah la tempat exam tengah-tengah bandar. Pergi exam pun paksa rela sebenarnya (sebab dah mula rasa penat pegi exam je manjang tapi tak penah dapat interview pun).

Tapi apa pun, alhamdulillah. Dulu pernah lulus exam tapi kantoi kat PAC. Kali ni insya Allah saya takkan ulangi kesilapan yang sama dan akan buat persediaan lebih rapi walaupun tak ada banyak masa untuk itu. Saya cuma risaukan beberapa perkara. Pertamanya, bila masa pulak la nak latih fizikal untuk larian 2.5km nanti? Kalau dapat kat INTAN Kluang mau putus urat perut lari naik bukit yang tinggi tu. Keduanya, saya memang tak pandai berdebat tapi nanti akan ada sesi debat ala parlimen. Alaaaaa......sempat ke buat persediaan ni :((

Saya berharap ada rezeki saya kali ni. Amiiinnn ya rabbal 'alamin. Saya yakin dengan Dia dan saya percaya segala perancangan mahupun ujian Dia buat saya akan ada ganjarannya di kemudian hari. Doakan saya ye!


ps.    Berdebar tunggu lokasi dan format PAC kali ni. Harap-harap jangan la dia bagi tempat yang jauh. 
pss.   Ada sesiapa nak ajar saya berdebat tak??

Tuesday, October 26, 2010

Wah......dah berhabuk!

[***Hachuuuummmm!!***]

Assalamu'alaikum....selamat pagi/petang/malam kawan2 semua.

Aiyooo....lama sungguh la blog ni terbiar. Berhabuk dah ha. Sejak abes raya memang agak sibuk sikit [sibuk la sangat]. Masuk kerja pun berapa minggu je pastu balik JB semula sebab parents buat kenduri gi haji, pastu minggu depannya menghantar parents ke airport. Sekarang ni masih berada di JB sebab adik dua org tu tak geti-geti nak ponteng skolah lepas abes PMR. Haha....den la terpakso poie hantar dan amik diorg. Takpo....mak ayah dah serah tanggungjawab, hati kono ikhlas. Yo tak?

So....bermastautinlah saye barang seketika di bumi JB ni, menguruskan rumah [ala2 surirumah sepenuh masa gitu. Kekekeke....] dan memastikan kebajikan adik2 terjaga . Tapi yelah, sedikit sebanyak ada jugak terculas kat mana-mana. Saya cuma anggap pengalaman ni sebagai satu latihan sebelum saya bertukar title sebagai seorang isteri nanti

Sebenarnya ade jugak niat nak mengupdate blog ni. Tapi maaflah, kadang2 saya tertido terus depan laptop. Hehe....insya Allah, dalam masa terdekat ni saya akan postkan tentang isu kewangan yang saya amik daripada sebuah buku. Mungkin ada tempiasnya buat kita [kot].

So.....see you later, k

Tuesday, June 29, 2010

Entri yang Islamic

" Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin.
Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.

Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?
Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan.

Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.

Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu?
Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah.

Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim: 10)




Tiba-tiba hari ni terasa nak menulis tentang rukun Iman.
Rukun yang dipelajari secara formal seawal usia 8 tahun (darjah 1 sekolah agama).

Mari kita lihat dulu apa yang terkandung di dalam rukun iman ni.


  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi dan Rasul
  3. Percaya kepada kitab-kitab
  4. Percaya kepada Malaikat
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar.



" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)[1]




" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)[2]










Semakin meningkat usia, kita semakin leka.
Jika ditanya sekarang ni :

Apakah dia 20 sifat Allah yang wajib kita maklum?
Apakah kitab-kitab tu serta nabi dan rasul yang dipertanggungjawabkan?
Siapakah 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui?
Siapakah 10 malaikat yang wajib kita tahu?
Apakah yang dimaksudkan dengan percaya kepada hari akhirat?
Apakah beza qada' dan qadar?
Apa beza nabi dan rasul?

Pasti akan ada soalan-soalan di atas yang dijawab dengan tersangkut-sangkut (merujuk kepada diri sendiri).
Haih.....ape nak jadi.
Makin bertambah usia terasa diri makin jahil.
Dulu ilmu-ilmu tu dihafal untuk lulus periksa, tapi ilmu agama bukan setakat untuk ditulis di atas kertas. Malah lebih daripada tu.
Rasanya menyebut 99 nama Allah tu pun masih berterabur lagi. Kalau bukan kerana lagunya yang tak pernah lapuk dek zaman, entah berapa kerat je daripada keseluruhan 99 nama Allah yang lekat di ingatan dan di hati.
Tapi dalam keadaan macam tu pun rahmat dan rezeki Allah tak pernah putus kan? Itu pun masih terasa liat nak solat di awal waktu. Masih berat badan nak bangun di tengah malam untuk berjumpa Dia.
Hurmm....manusiaaaaa....

Kamu....terima kasih sebab ajak dan dorong saya buat qiamullail.
Semoga kita, keluarga dan rakan2 muslimin muslimat sentiasa ditetapkan iman dan tergolong di kalangan hambaNya yang bersyukur. Insya Allah.





Saturday, May 15, 2010

Bingkisan hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar catatan ringkas buat menyampaikan maksud.

Sejak hadirnya dia dalam hidup aku, macam-macam perkara dah jadi.
Bukan permulaan yang baik bila hari-hari aku sentiasa diiringi air mata.
Hari-hari aku diisi dengan tohmahan mereka yang tak mengerti.

Namun syukurlah kini aku semakin bahagia.
Tapi aku sentiasa ingat, Allah menguji hambaNya melalui kesusahan dan kesenangan.
Melalui bahagia dan derita.
Semoga aku tak lupa...
..bahawa di sebalik bahagia pasti akan ada ujian yang sentiasa menanti masa untuk mengambil ruang.
Kerana niat kami dalam bercinta cuma satu...
Untuk bersatu dalam redha Ilahi...di dunia dan akhirat.

Semoga hubungan ini diberkati dan dipelihara.
Aminn...


ps. :: Syukur ya Allah kerana memberikan bantuanMu kepadanya untuk melalui dugaan itu. Alhamdulillah...

Sunday, March 14, 2010

Ade aku kisah ke? Macam la aku nak kat ko pun

Aduiyaiii....letih betul ikut mama dan abah shopping kat Chow Kit tadi.
Mama kalau dapat shopping kat Chow Kit, seronok betul.
Saya dah la pakai slack putih tadi...hambik kau..
Dengan penuh sopan santun la I berjalan ye....takut seluar kotor.
Padan muke.
Ni sementara nak tunggu kakak amik mama abah kat hotel untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, saya mengadap la laptop ni jap.
Hehe....saya memang obses dengan dunia virtual :p

Oh ye....berbalik kepada tajuk.
Alkisahnya macam ni...
Saya, dan dua org adik kembar berjalan tepi satu kedai kat Chow Kit ni.
Memang nak masuk la kedai tu kan.
Tah laki giler mana tiba-tiba cakap macam ni,

"Huh!! Tiga-tiga tak lawa. Sorang pun aku tak berkenan!"
...dengan penuh emosinya dia berkata-kata....dan terus blah dari satu.

Masuk je kedai....saya dengan adik-adik ketawa terkekek2.

"Laki giler mana tadi tu? Tetiba je cakap macam tu. Macam la kita nak kat dia. Pandang pun tak..."

Kawan-kawan....itulah bandaraya metropolis Kuala Lumpur ye.
Macam-macam orang boleh dijumpai. Kat tengah-tengah khalayak pun leh jumpa orang gila.
Menunjukkan betapa dunia sekarang semakin mendesak.
Siapa yang mampu bertahan, merekalah survivor.
Tapi bagi siapa yang rapuh jiwa, Allah lebih mengetahui apa yang terjadi pada mereka
Semoga kita semua sentiasa diteguhkan iman dan akal dalam menghadapi dunia yang semakin hari semakin mencabar ni.
Amiiiin....

Wednesday, January 27, 2010

Adat berkabung

Saya rasa saya bertuah sebab dapat merasai dua pengalaman berkabung yang berbeza dalam tempoh setahun.

Tahun lepas, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan masa tu, Tuanku Jaafar, telah mangkat di Hospital Besar Seremban. Jenazah almarhum mengambil masa yang agak lama untuk dikebumikan memandangkan Negeri Sembilan mempunyai adat pertabalan yang melibatkan ramai pihak (saya kurang arif berkenaan adat tersebut). Tapi apa yang saya pasti, perbincangan di antara Undang Luak menentukan yamtuan yang seterusnya. Kini Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan yamtuan baru yang sepatutnya telah mengambil tempat baginda sejak 40 tahun yang lepas. Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebenarnya merupakan pemerintah yang lebih layak kerana baginda merupakan anakanda kepada Tuanku Munawir yang memerintah sebelum itu. Namun disebabkan Tuanku Muhriz masih berada di bawah umur semasa kemangkatan Tuanku Munawir, Undang Luak telah memilih ayahanda saudara baginda iaitu Tuanku Jaafar bagi mentadbir Negeri Sembilan buat sementara waktu sehingga Tuanku Muhriz dewasa (err....ada yang tak faham tak?) .

Adat berkabung di Negeri Sembilan bagi rakyat jelata ialah songkok lilit putih bagi lelaki Islam dan tudung hitam bagi wanita Islam, manakala bagi bukan Islam, memakai lilit putih di pergelangan tangan. Adat berkabung ini adalah selama 40 hari. Masa tu saya tak ada tudung hitam...jadi saya dah risau, mana nak cari tudung hitam ni. Lama lak tu kena pakai. Tak pernah sebelum ni bila saya cari tudung bawal kat kedai, jawapan yang saya terima, "Dah habih la dik. Tudung jenis lain ado la,". Adeh....dah la saya pandai pakai tudung bawal je. Mujur kawan kat HQ kena pergi melawat tapak kat Terengganu, saya kirim je la kat beliau. Haha....jauh tul import.

Den raso golap jo dunio ni hari2 pakai tudung hitam. Mujur la tak diwajibkan macam kat Johor. Sekali sekala saya pakai tudung kaler jugak :D

Adat kat Johor pulak, rakyat jelata kena pakai songkok lilit putih, tudung putih bagi wanita Islam, dan lilit hitam bagi bukan Islam selama 7 hari. Wawawa.....nasib baik saya tak kerja kat Johor. Saya tak suka pakai tudung putih!

Tersenyum sendiri bila baca komen adik dan kawan2 saya kat Facebook, "Mari berkabung,"... "Mana nak cari tudung putih ni,"... "Nasib baik tudung sekolah rendah boleh guna lagi,". Hehehe.....dah la diwajibkan ek. Kalau tak pakai kena denda ye? Takpelah....7 hari je kan, bukan 40 hari macam kat Negeri Sembilan. Kalau tidak...mesti korang sawan hari2 kena pakai songkok dan tudung putih.

Alhamdulillah, adat di Johor tak terlalu renyah macam di Negeri Sembilan membolehkan jenazah almarhum dikebumikan dalam tempoh tak sampai 24jam. Saya turut merasa terharu melihat kerjasama di antara ahli keluarga diraja Johor yang turut sama2 berpenat dan berpanas membawa keranda turun dari istana.

Apa pun...saya mendoakan semoga roh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan juga Almarhum Tuanku Jaafar diampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan di kalangan para solihin. Amiiiin..Al-fatihah.

Tuesday, January 5, 2010

Selipar putus?

Pernahkah kamu berdepan dengan kejadian selipar putus masa sedang berjalan-jalan? Masa tu mana la nak dapat selipar lain dengan kadar segera kan. Tambah pulak kalau duit dalam poket pun cukup-cukup je dan tak mengizinkan beli selipar baru.
Saya dapat email tentang cara-cara mengatasi masalah ni menggunakan straw. Hehe....mari kita lihat :
1. Pilih straw yang sewarna dengan selipar. Kalau tak ada... terpaksa la kasi warna warni... meriah gitu... namanya pun darurat.. hehe.. tp ok pe???

2. Lipat straw



Monday, January 4, 2010

Lelaki dan Cinta???

Seorang kawan mengirimkan ini melalui YM.
Hurmm....betul ke tidak....jom kita semak :D

Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik.

Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

Lelaki tidak suka membincangkan isu peribadi kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

Lelaki tidak menganggap putus cinta satu trauma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia trauma dalam hidup mereka.

Sekadar berkongsi. Tidak ada kaitan dengan mana2 individu :)

Tuesday, December 22, 2009

Istikharah - bukan sekadar untuk mencari jodoh

Pagi ni...sambil-sambil saya menggosok baju untuk ke pejabat, fikiran saya memulakan aktiviti 'bersiar-siar' mengambil udara pagi. Akhirnya fikiran saya terhenti pada satu isu - ISTIKHARAH. Fahami permasalahan yang saya kemukakan di bawah ini :

Contoh perbualan (1) :

"Saya konfius ni...tak tau nak amik kereta mana satu. Kereta A memang ada economic value...tapi saya lebih suka kereta B,"

"Then, buat la istikharah...pilih kereta yang terbaik,"

"Tak habis2 dengan istikharah awak ni,"


Sunday, December 20, 2009

Bila Tuhan menunjukkan kasihNya

Dua minggu kebelakangan ini...pelbagai perkara telah terjadi dalam hidup saya. Manis, pahit, masam, tawar,...semuanya menjadi satu pengalaman yang sangat berharga.

Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Diturunkan ujian kesenangan dan kesusahan sebagai tanda kita tidak pernah dilupakan (tapi berapa kerapkah kita melupakanNya?)

Syukur alhamdulillah...Allah menganugerahkan kepada saya teman2 yang berbudi dan baik pekerti, yang tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa mengambil berat, dan mereka yang kasih dan cintakan saya. Sungguh bukan itu yang saya pinta, tetapi rahmat Tuhan siapa yang dapat menjangka.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada mana2 pihak yang telah saya sakiti hatinya. Saya hanyalah manusia biasa yang sentiasa terkhilaf di mana2. Kegagalan saya mengawal diri sendiri mungkin telah mendatangkan masalah di pihak kamu.

Sesungguhnya Allah sedang menguji saya dengan limpahan kasih sayang sesama manusia. Keampunan Tuhan jua yang saya harapkan kiranya telah menjadi hambaNya yang lalai dan leka...dan kiranya telah mengagungkan cinta hamba melebihi cinta saya kepadaNya. Saya memohon keampunanNya.



*notatangan : Saya sayangkan kamu semua, wahai teman :)

Lokasi : Dalam bas menuju Melaka

Monday, November 23, 2009

Bila orang perempuan bawak kete

Hari Sabtu, 21 November 2009.
Lokasi : Telok Kemang, Port Dickson.

Letih tul uruskan program ni hari ni. Tapi best, dapat naik speed boat jabatan. Hehehe....melambung2 kami dalam bot tadi. Risau gak kalau terlambung terus ke laut :-ss

So...lepas habis majlis, lepas puas naik bot laju sampai sempadan Melaka, saye pun melepakkan diri kat sofa. Rasanya kalau bawak towel time tu jugak saye mandi. Rimas! Tiba2 tepon bunyi...

Shida : Hid, ktorg dah sampai kat Hotel Mesra ni.
Saye : Oh...ok. Tunggu jap ek. Aku takde kat situ. Jap lagi aku sampai.

Lepas tu saye buat muka kesian kat En. Khair mintak tolong dia hantarkan saya ke Hotel Mesra yang kalau saya jalan kaki 15 minit pun dah sampai (termasuk masa yang diambil untuk melintas jalan).

Lepas load barang kat kete Shida, kami pun bertolak menuju ke highway JB-KL...tak sabarnya nak sampai JB. Rimas tul pakai baju korporat ni lama2. Hurmm....

...Semasa dalam perjalanan...



Dalam kete...biasa la, bila jumpa kawan2 lama, masing2 dok sakan gelak teringatkan memori zaman sekolah dulu. Budak2 asrama kan nakal2....haha...(ehemm....tapi saya budak baik :"> ok2...saya budak skema dulu :-" )

Lebih kurang 20 minit kemudian...

Pae : (*dengan nada macam sure tak sure je*) Eh....korang...kenapa signboard ni...nak ke RnR Seremban? (sambil menunjuk ke luar tingkap)

Shida dengan Nad yang tengah memandu pada kelajuan 140km/j tu dah pandang2 tepi jalan.

Shida : Eh...a ah la. Weh...kita nak pegi KL balik ni!!
Pae : Patut la aku rasa jalan ni macam aku selalu lalu time nak balik KL! Rupanya kita ke KL balik. Aku dah agak dah mesti ada simpang nak ke JB (gelak lagi)
Nad : *Gelak tak hengat punya* Nasib baik ko perasan Pae. Kalau tak...dah sampai Sg. Besi baru perasan.
Saye : Aku memang tak nampak signboard kat sebelah sini. Hehe....
Nad : Ni sebab amik Hid kat PD la ni...kena pusing balik
Saye : Haha....korang ni macam2 la. Takpe, nanti exit kat Nilai, U turn balik.


Aduiyaiii....

Moralnya, sembang sembang jugak...tak salah gelak2 sambil mengimbau kenangan lama. Tapi sila awasi perjalanan anda. Huhuhu....

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign