This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Friday, September 10, 2010

Permainan zaman budak masa kat kampung dulu

Kecik-kecik dulu, setiap kali raya mesti tak sabar nak balik kampung abah. Tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu je sebenarnya. Oh...dan duit raya jugak. Hehe....

Masa kecik-kecik dulu, cousin2 yang umur lebih kurang ramai la jugak. Boleh set up satu team rounders, main baling selipar, musang kejar ayam, main masak-masak [real punya guna api dan tin terbuang, siap petik paku pakis dgn kutip biji sawit. Belum campur rembat telur ayam kampung kat dapur].

Ni bila raya ni...teringat balik. Antaranya :
Konda-kondi. Tak pernah berjaya tangkap pun okeh
Main baling selipar. Semput seh main ni berlari punya pasal. Kalau dapat robohkan selipar ni rasa sangat best. Tapi kalau kena lempar kat badan....aduiyaiiii, sakit ooo....
Haa....ni lagi satu. Berebut-rebut nak main. Masa tu hujung kaki cukup2 je cecah tanah. Nyaris terbalik dalam parit. Huhu...


Kapal terbang kertas. Buat menyepahkan laman je.

Ceper. Dulu terer main ni. Hehe

Main masak-masak....rebus paku pakis, rebus telur ayam, panggang buah kelapa sawit. Lepas tu kena marah sebab main api. Masa tu cousin lelaki pun join sekaki. [Gambar hiasan]

Memandangkan keliling pun kelapa sawit, pokok ni pun jadi mangsa. Dulu badan ringan kan. Seronok je kitorg bergayut kat daun sawit ni.

Haa....itu je la yang sempat teringat dan terupload. Gambar mercun-mercun, bunga api semua tu kalau rajin buat entri lain lah. Hehe....sepupu-sepupuku, korang ingat lagi ke tak semua ni?

Sumber gambar-gambar :
http://www.mysembang.net/v10/index.php/topic,3531.165.html
http://resam-melayu.com/2009/12/permainan-tradisional-melayu-konda-kondi.html
http://malawati.blogspot.com
http://nurhifzan.blogspot.com

Sunday, September 5, 2010

Sape suruh telan!!

Lokasi kejadian : Sebuah rumah tingkat 3, belakang Hutan Bandar JB.
Waktu kejadian : Tengah malam, 20 tahun yang lalu.
Watak yang terlibat : 4-5 orang


Tiga orang (atau mungkin empat) kanak-kanak...sorang lelaki yang belen semua perempuan....berdiri bersusun tepi tingkap. Tah pandang ape kat luar. Ada badminton court je kot. Tunggu tahi bintang jatuh agaknya.

Si abang hulur sesuatu kat adik-adik. Gile betul tengah-tengah malam makan benda ni. Tapi macam best je. Well....untuk seorang budak umur 5 tahun, tu la pengalaman pertama.

Leka betul diorang ni. Tak tau nak tido ke ape. Bersembang ape jugak la agaknya kan kanak-kanak semua tu. Tiba-tiba......

Pintu diketuk. Gelabah budak-budak ni menyusunkan diri atas katil lak. 

"Buat apa lagi tak tido ni?! Kan dah tengah malam. Nak kena rotan dulu ke baru nak tido?!"

Diam je semua. Abah diorang memang garang masa tu. Salah jawab kang kena tampor tak memasal. Lepas pintu ditutup, si abang yang baru berumur 11 tahun berbisik,

"Mana chewing gum tadi? Meh sini abang buang," sambil hulur tangan kat adik-adik perempuan dia. Salah seorang menjawab,

"Adik dah telan. Tak tau nak buang kat mana tadi. Takut abah marah,"

"Laa! Yang gi telan tu buat ape. Simpan je la dulu dalam mulut. Tu gula getah la. Kang melekat dalam perut, b**** tak keluar padan muka,"

Si adik nak cakap ape? Dah telan pun. Tido je laaaaa.................

*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~


Hampeh betul abang aku. Ade ke patut bagi aku makan chewing gum. Dah telan baru bagitau tu chewing gum yang tak boleh telan, kena buang. Masa tu baru 5 tahun okeh.....mane tau pape. Chet!


Abah, kalau abah baca ni....ini adalah kisah benar masa kat rumah lama dulu. Heheheheeeee.....
 

Rindu si Gemuk!

Sahur tadi makan nasi lauk ikan masak pindang. Ikan ape tah.Macam ikan merah tapi tak cukup merah untuk dikatakan sebagai ikan merah. Mama cakap macam ikan unga. Entah la....kalau spesies ikan laut yang tak berapa nak komersial ni, memang saya kurang tau.

Amik sekeping buat lauk. Tapi tah kenapa tak berselera nak makan. Kadar suapan rasanya ade la sekitar 2km/j. Tu pun kalau leh buat perbandingan macam tu la kan :p Pastu tinggal secubit lagi untuk dimakan, tapi tekak dah mula nak reject. Saya pun bangun la dengan niat nak bagi makhluk lain kat belakang rumah.

Bukak pintu belakang, pandang kiri pandang kanan.....seru menyeru barang sekali dua....pun masih senyap sunyi. Akhirnya ikan secubit tadi masuk mulut sendiri jugak.

 Alahaiii....kalau la si Gemuk atau keturunan dia masih menghuni kat belakang rumah ni, ade la jugak mulut yang menunggu untuk disuap. Dulu bila dengar je bunyi pintu, Gemuk terus datang berlari-lari. Kadang-kadang bukan nak makan pun, saje je nak suruh orang belai perut dia yang cantik tu. Hehe...tapi satu hari tu Gemuk tak balik dah. Nasi dengan ikan yang dah gaul untuk dia pun akhirnya masuk tong sampah. Mungkin dah sampai ajal dia.



Apsal Gemuk ni macam nak sama besar je? Macam rupa kanggaru pun ade. Hakhakk.....

Rindu sangat kat Gemuk. Apasal la Gemuk tu setiap kali gaduh masuk sembunyi dalam longkang? Nak tekel betina pun tak lepas-lepas, pastu pilih betina yang comot-comot je. Gemuk tu kategori hensem kot [jantan jambu pun ye jugak. Penakut.] Hmm....apa boleh buat. Bila Gemuk dah takde, maka berakhirlah sudah keturunan kucing paling sopan yang pernah menumpang kasih kat rumah ni. Huhu....


*Gambar dilukis menggunakan Paint. Sebab tu jadik tah pape!

Tuesday, February 2, 2010

Seringgit pun cukup

Waktu kejadian : Suatu petang...hampir 19 tahun dahulu
Lokasi : Rumah kuarters No. 6 Tingkat 3 kat Tmn Bakti, JB


"Kling...kling...kling...,"

Bunyi loceng si penjual aiskrim.
Seorang budak perempuan berusia 6 tahun tiba-tiba rasa teringin nak makan aiskrim. Tapi dia bukannya ada duit pun. Nak harapkan duit raya...habis je raya terus masuk bank.

Jadi dia pun masuk la bilik mak dia. Pandai pulak tu nak cari duit kat mana. Dibeleknya not warna biru dengan hijau yang berkeping-keping dalam wallet kecik tu, tak tau nak amik mana satu. Akhirnya not warna hijau jugak dia amik. Bergegas dia buka pintu dan meluru turun tangga untuk mintak aiskrim berbayar kat pakcik tu. Dalam banyak-banyak aiskrim...aiskrim kon jugak dia berkenan. Duit bertukar tangan...lalu aiskrim itu dinikmati sehingga ke titisan yang terakhir.

Bila mak dia balik dari kerja, mak dia panggil masuk bilik.

"Tadi beli aiskrim tu guna duit berapa ringgit?"

Si anak ni pun menunjuk kat not warna hijau.

Si ibu yang duduk kat katil pun berkata,

"Lain kali...amik yang warna biru ni. Seringgit pun cukup buat beli aiskrim,".

============================ @}'~~~ ===============================

Otak budak kecik umur 6 tahun....belum disumbat dengan banyak hal2 dunia.
Sampai sekarang saya ingat peristiwa ni.
Peristiwa yang mengajar saya bahawa seringgit juga besar nilainya.
Tapi saya rasa macam pelik la pulak...
Sape yang ada kat rumah masa tu sampai saya selamba je keluar rumah sorang2???
Beli aiskrim buat makan sorang lak tu.
[Huh....dari kecik ko kedekut dengan adik2 ye yana]

Tak Suka

  • Tempoyak, petai, jering, cencaluk, etc..
  • Prejudis
  • Orang jual kuih talam dua muka
  • Makan daging kambing

Buatku Tersenyum

  • Senyuman si dia :p
  • Kucing yang nakal
  • Keluarga
  • Orang pekak dan bisu berkomunikasi
  • Anak-anak yatim dan OKU yang ceria

Saya Anak JOHOR!

bighandesign