Kadang-kadang kita tak pasti sama ada marshmallow yang ada dijual kat kedai-kedai tu halal ke tidak. Saya ni dah la termasuk dalam kategori gila makan marshmallow [okeh, tak gila. Mungkin addicted kot? Haha..]
Google punya google resepi marshmallow, jumpa satu website oversea ni. Lepas baca review satu persatu, 90% review cakap resepi tu mudah dan sedap. Ape lagi.....otak ni dah mula ligat scan bahan-bahan yang ade kat rumah.
Tak nak cakap banyak. Jom kita masuk dapur :)
~*~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**~~**
- 1 cup confectioners' sugar for dusting
- 2 cups white sugar
- 1 tablespoon light corn syrup/liquid glucose
- 1 1/4 cups water, divided
- 4 tablespoons unflavored gelatin
- 2 egg whites
- 1 teaspoon vanilla extract
- Dust a 9x9 inch square dish generously with confectioners' sugar.
- In a small saucepan over medium-high heat, stir together white sugar, corn syrup and 3/4 cup water. Heat to 250 to 265 degrees F (121 to 129 degrees C), or until a small amount of syrup dropped into cold water forms a rigid ball.
- While syrup is heating, place remaining water in a metal bowl and sprinkle gelatin over the surface. Place bowl over simmering water until gelatin has dissolved completely. Keep in a warm place until syrup has come to temperature. Remove syrup from heat and whisk gelatin mixture into hot syrup. Set aside.
- In a separate bowl, whip egg whites to soft peaks. Continue to beat, pouring syrup mixture into egg whites in a thin stream, until the egg whites are very stiff. Stir in vanilla. Spread evenly in prepared pan and let rest 8 hours or overnight before cutting.
Marshmallow yang menunggu masa untuk dipotong. (Sila abaikan sudut kiri. Tu belen2 dalam bekas yang dah mula mengeras sebelum dituang masuk dalam loyang) |
Marshmallow yang dah siap dipotong, dipakaikan baju (salut dengan tepung jagung) dan sedia untuk dimakan. (Hehehe...potong bentuk kiub je. Tak rajin nak selongkar acuan-acuan biskut dalam almari) |
- Saya kurangkan jumlah gula sebab rasa mcm banyak sangat. Saya tak suka manis.
- Golden syrup tu saya ganti dengan liquid glucose. Ada dijual kat kedai barang bakery.
- Saya tak ayak loyang dengan gula confectionary. Saya gris loyang dengan shortening (lemak sayuran) yang memang ada kat rumah. Kalau guna minyak masak pun boleh. Asalkan dia tak lekat kat loyang.
- Masukkan sirap ke dalam putih telur yang sedang dipukul tu sedikit demi sedikit SEBAB saya masuk semua sekali baru pukul dengan stand mixer. Haaa....kat sini la punca lambat sebab gula tu jadi keras dan berkeping kat dasar. Tak pasal2 sambil putar tu sambil ketuk2 sebab nak hancurkan gula. Dan tak pasal2 jugak tangan bersalut adunan yang likat, belengas, melekit tu sebab nak keluarkan baki gula yang tak hancur. [Tapi saya sarankan kurangkan jumlah gula sebab marshmallow saya masih manis walapun banyak jugak kepingan gula tak hancur dah dikeluarkan.]
- First try, marshmallow saya agak terlebih lembut dan kurang kenyal. Tak tau kat mana silapnya, tapi saya syak larutan gula saya tak cukup likat. Atau mungkin air untuk larutkan gelatin tu boleh dikurangkan sikit. Saya masih perlu bereksperimen kat sini.
- Tapi 2nd try, saya pukul adunan tu lebih lama sikit sampai dia betul2 likat [likat dia tu agak2 macam kalau korang masukkan dalam loyang, dia tak terus ambik bentuk acuan melainkan korang kena ketuk2 dulu]
- Elok jugak kalau korang rasa dulu adunan korang tu dah cukup manis ke belum.
- Tapi pape pun, rasa masih awesome dan macam marshmallow beli tu jugak. Hehe....selamat mencuba! ;)